BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 disyaki pengedar dadah ditahan

haudli

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,323
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,323
Reaction score
452
Points
136
SEREMBAN: Tujuh lelaki disyaki pengedar pil khayal berjaya ditangkap polis dalam Operasi Tapis Khas, semalam dan hari ini melibatkan rampasan dadah bernilai RM84,156 di sekitar bandar Seremban dan Port Dickson.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Supt R Ravichandran, tangkapan pertama dilakukan pada jam 11.45 malam tadi di sebuah rumah dekat

Vision Homes, Seremban 2 membabitkan seorang lelaki berusia 23 tahun.

"Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan memiliki 637 pil Eramin 5, ketamin seberat 10 gram dan kanabis 2.9 gram, kesemuanya bernilai RM21,245. Polis turut merampas wang tunai RM4,097," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontingen Seremban hari ini.


Pada 2.30 pagi, polis menyerbu sebuah lagi rumah di kawasan yang sama dan menahan seorang lagi lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai rakan kepada suspek pertama, dan merampas ketamin seberat 54.6 gram dan 13 biji pil ecstasy bernilai RM11,570, katanya.


Katanya turut dirampas kereta jenis Honda Accord dan wang tunai berjumlah RM1,198 daripada suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu.
 
elok tembak kasi mati saja
 
memang pelingkup masyarakat
 
tu pengedar kecil2an, yg besar patut di buru dan di hapuskan.....





:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register