BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

611 Perajurit Muda TLDM Tamat Latihan Di Johor

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,782
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,782
Reaction score
289
Points
146
69cbb263e9f0b2df5e1640499bf4c5136933d6f7cf3c0

c3337c86936386128ee64244da6bb0156933d6d927cc5

Laksamana Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Pahlawan Abd Halim Shaari (depan, tengah) bergambar bersama perajurit-perajurit Muda TLDM, pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TLDM Siri 229/25 di Padang Kawad KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, hari ini.

Sebanyak 611 perajurit muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Padang Kawad KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Kota Tinggi hari ini.

Upacara Perbarisan Tamat Latihan Siri 229/25 yang berlangsung penuh istiadat itu disempurnakan oleh Laksamana Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Datuk Pahlawan Abd Halim Abdul Shaari.

TLDM dalam satu kenyataan berkata majlis turut menyaksikan penganugerahan tujuh kategori kecemerlangan termasuk Divisyen Temenggong yang dinobatkan sebagai Divisyen Terbaik Keseluruhan.

Laskar Muda PLM Muhammad Alifuddin Abdul Gaffar dan Laskar Muda PNK Nur Faizah Rahaizan pula masing-masing menerima anugerah Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Lelaki dan Wanita.

Sementara itu, Abd Halim menekankan kepentingan semangat berpasukan serta penghayatan empat nilai teras TLDM iaitu Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan.

“Nilai berkenaan penting bagi membentuk warga The Navy People yang terampil, berdisiplin dan berwibawa dalam usaha mencapai visi TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Halim turut merakamkan penghargaan kepada staf dan jurulatih KD Sultan Ismail serta Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TLDM atas komitmen dalam melahirkan generasi pewaris yang akan meneruskan kecemerlangan angkatan laut negara.

 
Back
Top
Log in Register