BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 mati, sembilan cedera cecair nitrogen bocor

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
kimia_1611876174.jpg


WASHINGTON: Seramai enam maut manakala sembilan lagi cedera akibat kebocoran cecair nitrogen di kilang memproses makanan di Atlannta, semalam.

Pegawai polis di Gainesville, Georgia mengesahkan lima mangsa maut di tempat kejadian dan 10 orang dihantar ke hospital untuk dirawat.
Seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital dan tiga lagi berada dalam keadaan kritikal.

Polis berkata, kebocoran itu tidak menyebabkan letupan manakala punca kejadian belum diketahui dan sedang disiasat.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10 pagi waktu tempatan di kilang memproses makanan ternakan terletak di Hall County.

Sekolah berhampiran kilang terbabit turut ditutup sementara kepada pelajar selepas laporan menyatakan kemungkinan berlaku letupan kimia di lokasi kejadian. - AFP


== bharian
 
Back
Top
Log in Register