InstaForexRebat
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
KULAI: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan susulan laporan seorang wanita yang mendakwa dirogol di sebuah kediaman di Taman Muhibah Saleng, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata pihaknya semua suspek ditahan dalam serbuan dilakukan pihaknya di rumah berkenaan serta sekitar perkarangan Terminal Bas Kulai antara jam 8.50 pagi hingga 1.50 petang.
Terdahulu, katanya polis menerima panggilan kecemasan daripada mangsa iaitu wanita berusia 29 tahun kira-kira jam 5.55 pagi.
"Semua enam suspek berusia antara 18 hingga 25 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut dan pasukan forensik turut melakukan siasatan di lokasi kejadian.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengenali seorang daripada suspek menerusi aplikasi WeChat sekitar November lalu.
"Pada Ahad lalu, sekitar jam 6 petang, mangsa diajak keluar oleh suspek dan dibawa ke sebuah rumah di alamat berkenaan. Mangsa dirogol bergilir-gilir oleh enam suspek di rumah terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif penyalahgunaan dadah dan mereka kini direman enam hari bermula hari ini sehingga 13 Disember depan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan.
www.bharian.com.my

6 ditahan rogol gadis kenalan WeChat | Berita Harian