BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

563 Pati ditahan sehingga April

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Wan Suhaini (kiri) melihat dokumen pendatang asing dalam satu operasi di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu.​

KUALA TERENGGANU - Seramai 563 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan sepanjang operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Terengganu sehingga April tahun ini.

Pengarahnya, Wan Suhaini Muhamad berkata, jabatan itu akan teruskan operasi untuk mengesan dan mengusir Pati di negeri ini terutama di kawasan industri dan perladangan.

Khamis lalu, taktik seorang warga asing menyembunyikan diri sebalik kotak di sebuah gudang pasar raya dekat sini, memakan diri apabila dia dikesan anggota jabatan imigresen dalam Operasi Ops Belanja dan Ops Sapu di sekitar pasar raya dan tiga lokasi tapak pembinaan di Bandaraya Kuala Terengganu, semalam.

Dalam operasi itu, penguat kuasa berjaya memeriksa 120 Pati dan 19 daripadanya ditahan di atas pelbagai kesalahan.

Operasi yang bermula pada jam 11 pagi hingga 4 petang itu membabitkan 30 pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan imigresen dan kesemua Pati berkenaan dibawa ke depo tahanan di Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
 
Back
Top
Log in Register