strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
LAHORE – Pihak berkuasa Pakistan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ketika sambutan hari Asyura yang disambut oleh puak Syiah semalam sehari selepas satu kejadian serangan bom berani mati yang mengorbankan seramai 55 orang.
Serangan tersebut berlaku di sempadan Pakistan-India kelmarin ketika beratus-ratus pelancong menyaksikan istiadat pengunduran tentera Pakistan dan India yang mengawal sempadan di lintasan Wagah yang terletak berhampiran Lahore.
Sehingga kini, dua pihak daripada sebuah kumpulan militan yang dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan yang turut menyebabkan seramai 120 mangsa cedera.
Seorang saksi, Nawaz Khan berkata, dia bersama 13 ahli keluarganya yang berasal dari Peshawar datang ke sempadan berkenaan untuk menyaksikan istiadat tersebut yang merupakan salah satu tarikan pelancong utama di sini.
“Selepas perarakan tentera berkenaan saya melihat seorang remaja berlari menuju ke pintu sempadan sebelum terdengar satu bunyi letupan yang sangat kuat.
“Letupan tersebut menyebabkan abang saya dan beberapa pengunjung lain tercampak sejauh beberapa meter.
“Suasana ketika itu sangat kecoh dengan suara orang menjerit kesakitan dan meminta tolong.
“Bau daging terbakar dan darah turut menyelubungi kawasan kejadian,” katanya.
Sementara itu, para pegawai berkata, seramai 10,000 anggota polis dan renjer separuh tentera ditempatkan di Islamabad dan Rawalpindi ketika beribu-ribu penduduk berfahaman Syiah di Pakistan menyambut hari Asyura semalam.
Pada hari tersebut golongan berfahaman Syiah akan berarak bagi memperingati kematian Saidina Hussein. – AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm