eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KAMPUNG BANGGOL HAJI HAMID - Lebih 50 penduduk membabitkan lapan buah rumah di sini terpaksa meredah becak dan debu sejak 52 tahun lalu sehingga sekarang apabila permohonan mereka mendapatkan jalan berturap tidak mendapat perhatian.
Mereka berkata, walaupun berpucuk surat dimajukan dan bersilih ganti ketua kampung, namun keadaan jalan itu tidak juga berubah seolah-olah pihak yang berkenaan terlepas pandang dan menyisihkan mereka untuk menikmati kemajuan yang disalurkan kerajaan.
Penduduk, Shahabudin Che Mat, 70, berkata, sejak merdeka sehingga sekarang dia tidak dapat mengecapi pembangunan malah terpaksa melalui jalan yang berbecak dan berdebu setiap kali keluar ke pusat bandar untuk berurusan.
Dia berkata, becak itu terpaksa diredah juga kerana tidak ada alternatif lain untuk keluar ke pusat bandar.
Katanya, mereka menunggu begitu lama untuk merasai nikmat kemajuan itu tetapi terpinggir sedangkan jalan berkenaan merupakan laluan utama kepada penduduk termasuk pelajar sekolah dan petani.
“Saya hairan mengapa sampai sekarang tidak ada usaha untuk membantu sedangkan banyak kali permohonan diajukan kepada pihak yang berkenaan.
“Sampai bila kami harus meredah jalan itu sehingga pakaian tercemar dengan selut dan kenderaan turut rosak kerana keadaan jalan yang berlubang, malah apabila berlakunya kematian penduduk dan orang ramai mengalami kesukaran untuk menziarahi kerana keadaan jalan yang rosak teruk,” katanya.
Othman Md Hashim, 66, berkata, paling menyedihkan papan tanda di jalan masuk ke kampung itu terbentang untuk dinaik taraf tetapi tidak ada tindakan untuk melaksanakannya.
Dia berkata, sepatutnya permohonan yang dimajukan itu perlu disegerakan kerana jalan itu untuk kegunaan ramai dan bukannya untuk kepentingan individu.
“Kami dahagakan pembangunan seperti jalan yang lebih sempurna dan tidak tahan lagi untuk meredah becak setiap kali hujan lebat dengan keadaan jalan licin yang akan membahayakan penunggang motosikal.
“Pernah berlaku penduduk di situ terjatuh daripada motosikal kerana keadaan jalan yang licin,” katanya.
Othman berkata, jalan itu tidak berturap hanya sepanjang satu kilometer sahaja dan tidak sepatutnya pihak berkenaan membiarkannya sedangkan penduduk tidak ada alternatif lain untuk keluar ke jalan utama menuju ke pusat bandar.
Kassim Che Mat, 69, berkata setiap kali musim hujan mereka terpaksa bergotong-royong mencangkul bahu jalan bagi mengelakkan batu-batu yang ada di jalan itu dibawa arus.
Katanya, jalan itu berlubang kerana tidak ada parit di bahu jalan menyebabkan jalan itu rosak teruk setiap kali hujan lebat.
Sementara itu, Saripah Ismail, 42, berkata pakaian anak-anak menjadi kotor kerana terkena selut serta terpaksa mencucinya setiap hari.
Dia berkata, anak-anak merungut kerana malu dengan rakan-rakan sekolah apabila baju terkena selut dan kotor.
“Saya merayu pihak yang bertanggungjawab menyegerakan masalah yang dihadapi oleh penduduk kerana kami juga dahagakan pembangunan dan menunggu sekian lama walaupun negara sudah 52 tahun mencapai kemerdekaan.
“Kami juga memerlukan kemudahan asas seperti jalan yang menjadi keutamaan kepada penduduk sedangkan penduduk di kampung lain telah lama menikmati hasil kemajuan itu,” katanya.
Tinjauan mendapati jalan sepanjang satu kilometer itu rosak teruk dan membahayakan penduduk terutamanya penunggang motosikal kerana berlubang dan licin ketika musim hujan.