BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

500 perempuan kau 'skodeng'!

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
curirakam_1566484210.jpg

SUSPEK ditahan polis Sepanyol di sebuah stesen kereta api di Madrid. -Foto Daily Mail






Madrid: Polis Sepanyol menangkap seorang lelaki miang yang sering merakam gambar dan video bawah skirt lebih 500 wanita termasuk perempuan bawah umur sebelum memuat naik imej berkenaan di Internet.

Mail Online melaporkan, lelaki warga Colombia berusia 53 tahun itu ditangkap di sebuah stesen kereta api di Madrid baru-baru ini.

Polis berkata, lelaki itu menyembunyi telefon bimbitnya di dalam sebuah beg hitam sebelum meletakkannya di bawah kain atau skirt mangsa.

Lelaki itu biasanya melakukan perbuatan itu di stesen kereta api dan pusat beli belah yang sibuk.

Polis menyiarkan satu rakaman video yang menunjukkan lelaki itu ditangkap di stesen kereta api bersama sebuah beg hitam.

Sebuah telefon ditemui di dalam beg itu dengan kamera diletakkan ke atas bagi merakamkan gambar dan video secara sembunyi.

Pemeriksaan lanjut di rumah suspek turut menemui tiga pemacu keras dan komputer riba yang mempunyai 238 video wanita.

Polis menyiasat kes itu selepas menemui satu laman web lucah yang sebahagian kandungannya dirakam di Madrid.

Laman web itu mempunyai lebih 20 juta pengikut dan menayangkan video bawah skirt wanita serta menunjukkan wajah mangsa.









sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/08/488808/500-perempuan-kau-skodeng-video





.
 
ingat kat Melaysia je skodeng ngetop... Madrid pn sama rupanye ... :LOL:
 
Ohh..kaki downskirt nih. Banyak sampai 500 pempuan baru dapat tangkap. Follower sampai 20 juta?..kalau masuk utube mesti dapat golden button nih..masyukk..
 
Back
Top
Log in Register