BTC USD 82,712.4 Gold USD 4,117.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Wasiat Dari Allah SWT Kepada Rasulullah SAW

hafyz1984

Active+ Member
Messages
4,790
Joined
May 26, 2011
Messages
4,790
Reaction score
696
Points
76
Dari Nabi SAW, "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan lima wasiat, antaranya:

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku kerana tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguh engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta Qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:

=> Orang yang banyak bicaranya, janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

=> Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.

=> Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

=> Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

=> Orang yang b0doh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

=> Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

=> Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah diharapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya".


Sumber dari sini:- http://jiwamukmin.blogspot.com/2012/01/5-wasiat-dari-allah-swt-kepada.html
 
Last edited:
Sebelum tidur,

B.U.M.P stands for Bring Up My Post!!
 
Nice tt..hari2 kasi bump

Ye la bukak thread untuk perkongsian, memang seboleh2 aku nak seramai2 forumers masuk thread aku nie....

Tapi sayang kita tak berkongsi minat yang sama...

Jadi, up hari2 supaya sedikit sebanyak menarik perhatian forumers yang tengah online...

Juga untuk yang belum baca thread nie...

Lagi satu, aku tak suka thread aku sunyii...
 
Back
Top
Log in Register