BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 sebab PAS akan GAGAL!

taufic

Legendary Member
gem
Messages
14,651
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
697
Points
161
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Silang sungging nan di hati aku merungkai kata buat sekalian rakan taulanku, saudara se-Islamku, sahabat majmukku, mahupun juraian jiran jahilliahku.

Tinta bernama sipolan durja,
Naik bersendi rasuk buaya,
Tiada pahit namanya gula,
Telanlah ia berlapang dada.

nikaziz-fb-flicker.jpg

Hemat nusa aku secara sukarela ingin mencucuh-cucuh pilinan Syaitan yang sedang bertari riang bergema di hati kamu, namun bukan sekali-kali di atas paksi dendam ataupun benci. Tapi untuk kita sama-sama berganjak matang dalam siasah alami ini.

Akan aku pasung 5 mantera ini atas ubun sebuah parti! PAS namanya bukan diberi, tapi dipersetujui. Bukan nama Islam yang ingin aku bawa bertinju, bukan tamsil murni Seri Paduka Baginda yang ingin aku palu, tetapi hanya aruhan parti itu yang inginku dengungi.

1. Parasit
Umum mengetahui, tiada jaminan vaksinasi jangkitan parasit dalam pelayaran politik PAS di Malaysia. Parasit-parasit ini mungkin sahaja meresap masuk dari corongan luar, mungkin juga ia ranum diternak tungging oleh suapan bergantangan dusta?

Parasit ini amat sukar dikesan bahkan tidak terkilas langsung kelibatnya di sebalik rantaian zikir dan tasbih. Santapan harian mereka adalah halwa kebendaan wang ringgit. Setiap genggam dicerna bakal terlurut secuit buat mereka.

Menongkah realiti, terimalah kenyataan bahawa mustahil untuk sama sekali membasmi 100% parasit ini. Namun sekiranya tiada kawalan populasi, layaran PAS bakal berjalur dicarik isu ketidak-keruan mereka yang disenggama parti lawan. Lambat laun karam jua bahtera ini dek lompang-lompang detusan musuh.

2. Kebebasan bersuara
Zaman terkedepan bakal menyaksikan toleransi utuh dalam saluran komunikasi bebas dunia, membolehkan kiasan salah laku parti mahupun perihal jahannam sipolan akan menderu-deru beraja di rasuk kiri dan kanan media keesokkan harinya.

Namun hari ini, sudah dapat dilihat tersulamnya jarum-jarum bermata kail dalam lipatan akhbar mahupun helaian blog alternatif yang berbaur kekangan nada. Andai terpetah tulisan kamu mengkritik, menujah tara mahupun tersauk talang, lantas terutus baiah bertatahkan ugutan menunding kamu ke arah parti lawan.

Pantang terselak paras buku lali, terlucut habis persaudaraan, terumbang-ambing perjuangan. Di mana letaknya kematangan berpolitik? Lantaran tiada beza dengan resam Utusan/Metro/Berita Harian?

3. Gila Pangkat
Rencam politik masakini seringkali berjuntai tali dengan simbahan aliran wang tunai. Kolerasi pangkat dan kewangan saling tidak tumpah dalam mana-mana peradaban. Maka tidak hairanlah organisasi berproksikan PAS seringkali terbedil oleh gugusan insan yang serong mata hatinya.

Berkejaran takhta jawatan menzahirkan ketamakan dan ketidak-syukuran sipolan. Ruas runcing ini kerapkali gah menakkul arus lantang menderapkan jajahan pengaruh bisikan hasutan bagi menghambat barisan yang menghalang laluannya. Contoh jelas tidak bernama dapat dilihat jelas di dada-dada akhbar arus perdana serta alternatif, di mana berciciran perjuangan bersumbing dengan tautan kejora pangkat dan darjat.

haji-hadi.jpg

4. Kolektif Hanya Pada Nama
Nyaring kompang berpalu, bernyanyi-nyanyi seruan kolektif. Tersenggang malam bermesyuarat membuahkan nama keputusan bersama. Namun, pabila wartawan menala rekorder pembuka bicara, lain pula petah terbitannya. Tersedak seketika baiah manzil, terkupas bawang mangalir air mata, tidak tertarik balik untaian kata.

Siapa yang akan yang menelan air liur kalau bukan penyokong? Riuh sekampung baiah kolektif 3 purnama, tidak semena-mena terkalih sembap semuanya. Mahu diturut geli, mahu dibangkang salah. Mahu dipendam tak sudah?

Tadbir urus lidah mematuk wartawan perlu dikawal selia, rancang dengan waras sebelum terpalit rekahan kolektif. Bukankah sia-sia namanya?

5. Politik Kebencian
Jangankan PAS sahaja, tiada bezanya dengan rumpun lain jua. Mana-mana ruas politik sering dihantui politik kebencian. Mana mungkin boleh kamu persia-siakan potensi undi "lalang" politik dan penyokong lawan dengan bertali arus menghamburkan nada celaka pada mereka?

Apakah itu cara dakwahnya? Apa bezanya mereka dengan anta? Mulut-mulut longkang ini tidak dapat tidak dari menjadi beban perjuangan sebenar mana-mana parti yang disertai. Umpama menjerut leher sendiri. Mari kita kira berapa ramai yang mahu mengundi untuk kamu andai peti suara itu tidak pernah berima kata selain dari cacian? Mungkin tiada dosanya kamu mengherdik sipolan itu, tetapi etika kematangan kamu tetap bertenun tali dengan lenggok bahasa yang dizikirkan.

Politik kebencian ini tidak hanya canggung melintangi aspirasi nada suara, terdapat juga medium lain digunapakai untuk meransang duri-duri jajaran sarang iblis ini. Nescaya setiap siulan cerca menusuk kalbunya telinga panas itu akan serta merta menjauhkan lagi dirinya dengan perjuangan PAS.

Adakah rantaian situasi ini amat menguntungkan PAS dan perjuangannya? Tidak sama sekali, gagal yang menanti.

sos

sila warasi komen anda dengan berhemah
 
yg 1st tu adalah kenyataan..tp biaselah..org pas kebykn dah dipengaruhi anwar..
 
yg 1st tu adalah kenyataan..tp biaselah..org pas kebykn dah dipengaruhi anwar..

tggu lepas pru je, kalau pas kalah besar,mesti kuar pakatan punya,org anwar pon automatic jatuh dgn sendiri.
nik aziz kali ni nak try ikut politik popular, pasal dekat 50 tahun pas bertanding,kalah je memanjang..kali ni tgk mcm mana pulak..
 
kalau manusia x boleh bersihkan apa yang kotor...DIA akan bersihkan..
 
bagi aku pas akan bertindak selepas pakatan menawan putrajaya...sekarang ni memang napak macam pas tenggelam...tapi demi nak menjatuhkan kerajaan BN yang semakin teruk menggunakan harta negara sesuka hati, pas terpaksa memasuki pakatan rakyat...
tapi percayalah...apabila BN jatuh, segala kesilapan dan penipuan BN selam ini dapat ditunjukkan pada rakyat jelata...tujuan utamanya agar rakyat sedar...
dan pada waktu itu...pas sebagai parti komponen, sama seperti MCA dan MIC sekarang...akan membuat beberapa tuntutan...Bagi Keadilan dan DAP mereka terpaksa terima jika taknak kehilangan majoriti jika pas mengugut untuk keluar dari pakatan...
InsyaAllah...bila rakyat sedar akan keburukan BN...parti pas akan menjadi parti no 1 yang dapat menggantikan Umno...sudah pasti orang melayu akan beralih untuk menyokong pas...sekian
 
ye la, tapi tunggu bn jatuh la..
tapi rahmat besar untuk bn kali ni aku rasa, pasal pas satu geng dgn pakatan, kalau dia x geng dgn pakatan, mau hancur bn aku rasa :eek::eek:
 
Ala umno pun jadi keldai kat mca dan mic jugak .. Ngan bangsa sendiri asik dok buli ngan bangsa laun takut ... Ckp ajer berdegar2 umno nih
PAS sekurang2nya telah menjadikan org bukan islam lebih memahami islam

X abih2 ngan DAP ... Padahal DAP hanya menentang MCA ... Kalau takut pd cina patutnya umno dah lama sejak dulu lagi haramkan cina mengundi ... Nih bukan nak haramkan malah import lagi mai mesia janji undi BN
 
Last edited:
bagi aku pas akan bertindak selepas pakatan menawan putrajaya...sekarang ni memang napak macam pas tenggelam...tapi demi nak menjatuhkan kerajaan BN yang semakin teruk menggunakan harta negara sesuka hati, pas terpaksa memasuki pakatan rakyat...
tapi percayalah...apabila BN jatuh, segala kesilapan dan penipuan BN selam ini dapat ditunjukkan pada rakyat jelata...tujuan utamanya agar rakyat sedar...
dan pada waktu itu...pas sebagai parti komponen, sama seperti MCA dan MIC sekarang...akan membuat beberapa tuntutan...Bagi Keadilan dan DAP mereka terpaksa terima jika taknak kehilangan majoriti jika pas mengugut untuk keluar dari pakatan...
InsyaAllah...bila rakyat sedar akan keburukan BN...parti pas akan menjadi parti no 1 yang dapat menggantikan Umno...sudah pasti orang melayu akan beralih untuk menyokong pas...sekian

terpaksa? agak agak dah berapa pru pas berpakat?
 
tggu lepas pru je, kalau pas kalah besar,mesti kuar pakatan punya,org anwar pon automatic jatuh dgn sendiri.
nik aziz kali ni nak try ikut politik popular, pasal dekat 50 tahun pas bertanding,kalah je memanjang..kali ni tgk mcm mana pulak..

kira nik aziz ni tak cerdik politik lah ye?..
 
Back
Top
Log in Register