BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 pelajar ditahan bawa kerambit

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
garis.JPG.transformed_14.jpg

Foto hiasan



SUBANG JAYA: Lima pelajar sekolah antarabangsa ditahan polis di Bandar Sunway di sini, semalam, kerana disyaki membawa kerambit di dalam kenderaan ketika keluar untuk minum bersama rakan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, kesemua suspek berusia 19 tahun ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang membuat rondaan.

"Ketika ditahan, kenderaan pelbagai guna dinaiki pelajar terbabit berada dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan mendapati kereta itu dimiliki ibu salah seorang pelajar berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan senjata tajam dipercayai kerambit yang diletakkan di bawah kerusi bahagian pemandu.

"Semua individu ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk ujian saringan air kencing.

"Siasatan lanjut mendapati senjata itu dipercayai sengaja disimpan oleh kumpulan pelajar berkenaan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.











sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/408825/5-pelajar-ditahan-bawa-kerambit#cxrecs_s








.
 
pg keluar minum bawak kerambit.. mcm duduk kat afrika byk pengganas dan haiwan liar berkeliaran..
 
kerambit cs go tu.

bersepah jual der
 
mesti kepala rasa kembang je bila lepak ada kerambit...muka kerek je..mata kecik je tgk org...kejap kejap raba kerambit...pantang org buat silap nak bertumbuk je....semangat tinggi gila..yela "aku ada kerambit"..tapi bila bergaduh....sorang kena jentik telur..yg lain semua lari...:)):)):))
 
Back
Top
Log in Register