"Sesungguhnya Rasullulah saw menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah saw dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun , baginda mendukungnya semula . "{Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari, bab Iza Hamila Jariyatan Saghiratan Ala Unuqihi Fi al-Solat,
Cara menggendong bayi dalam solat
1. Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.
1- Pergerakan yang sedikit seperti mendukung anak di dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang, sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap Umamah binti Zainab, seperti tercatat dalam hadis Bukhari (no: 494) dan Muslim (no: 543).
2- Tetapi pergerakan sehingga berjalan beberapa meter ke arah kanan atau kiri (seperti di dalam video tersebut) adalah membatalkan sembahyang. Kerana pergerakan tersebut menjejaskan syarat sah sembahyang iaitu menghadap qiblat.
3- Ulama telah berijmak bahawa menghadap qiblat dalam solat fardhu adalah syarat sembahyang (atau rukun menurut setengah ulama), dan jika sengaja menghadap ke kanan atau ke kiri maka batal sembahyang. (Badai' al-Sanai' 1/301).
Firman Allah:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
Maksudnya: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya". (Al-Baqarah: 144)
Kata Ibn Katsir: Dalam ayat ini terdapat perintah supaya menghadap ke Kaabah dari segala penjuru bumi, samada Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tidak dikecualikan daripada perintah ini melainkan dalam sembahyang fardhu ketika musafir. (Tafsir Ibn Katsir 1/460).
ni jer info yg aku dpt..