BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

445,641 calon duduki UPSR 2019

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
1_1567044782.jpg


FOTO hiasan

PUTRAJAYA: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 akan dijalankan pada 4, 5, 10, 11 dan 12 September ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini, berkata seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan membabitkan 434,177 orang, manakala sekolah swasta seramai 11,464 orang.

“Seramai 53,242 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, calon diingatkan supaya merujuk jadual waktu peperiksaan UPSR 2019 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi ketika peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

“Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri (MyKad atau MyKid atau Borang Pengenalan Diri Calon atau Surat Perakuan Pengenalan Diri) ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,” katanya.


 
kenangan Upsr... result aku buat cikgu2 dan parent aku kebingunggan.. wakakakka.. sayang hadiah dari cikgu ilang selepas 5 thn aku jg...
 
harap2 kat pasir gudang takde la naik pencemaran toksik2..masa masa budak dok exam ni...
 
EDlKMVjUcAAUzQz


EDlKMVkU8AAF1IY

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik beramah mesra dengan murid-murid sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Putrajaya Presint 8(1). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
 
Back
Top
Log in Register