Siapa pernah hadiri seminar Dr Azizan selalu akan dilayangkan dengan kisah kejayaan anak muridnya,antaranya ialah Usahawan Bihun Sufi.
Dengar kata mamat tuh sebelum bergelar usahawan pernah kerja jadi manager hotel,lepas tuh ada sedikit isu menimpa dan beliau kehilangan segalanya sehingga berjumpa dengan Dr Azizan yang berjaya mengubah hidupnya.
Kalau korang laa,percaya ke?Yea laa...dari zero to hero.
Mamat usahawan Bihun Sufi tuh zero...takder duit langsung...dan Dr Azizan pun claim kata mamat tuh tak minta duit satu sen pun dengan dia untuk mulakan bisness baru.
Alih2 boleh pula meletup bisnes Bihun Sufi.Sampai tak masuk market Malaysia,terus dieksport ke China dan Saudi.Dr Azizan kata produk Bihun Sufi nie tak layak berada di rak2 Carrefour...hanya untuk eksport sahaja.
Wahhh,dasyhat.