Tips dari rakan kita:
Jual kereta secara cash money:-
1. Sebagai owner kereta hendaklah memastikan owner baru(buyer)mempunyai wang secukupnya tanpa ada selindung macm2..contohnya..kereta jual rm10k..buyer kata nak beli kereta secara cash..then bila jumpa macm2 alasan..dia kata akan bagi cash rm8k selebihnya akan transfer atau cek..kes macam ni banyak dah berlaku..dan kita xleh buat apa2 sebab dah setuju awal2 dan dah tukar nama..buat report pun x guna...untuk elakkan daripada kena tipu..amalkan sikap cerewet skit contohnya tanya pekerjaan detail..tunggal di mana..macammana cara bayaran..
2. Owner kereta hendaklah melaksakan inspection puspakom iaitu pakai borang B5 dan bayar rm30 kalau kereta enjin standard..sekiranya enjin dah tukar isi borang lagi satu B7.Sila pastikan tingkap (tinted tidak melepasi 50% di bawah had dibenarkan)..ada sesetengah puspakom suruh kita koyak depan pegawai..ada tempat terus gagalkan...selalunya inspection paling cepat 1 jam..paling lama 2 jam..tengok tempat..pergi waktu pagi lagi baik. proses bayaran puspakom selalunya owner bayar dulu..kalau buyer bayarkan lagi baik..atas persetujuan kedua belah pihak.
3. Lepas tu, sila pastikan segala insuran withdraw(NCD)atau membuat cancellation..lebih baik withdraw dulu..then kereta dah jual dapat duit baru wat cancel..
4. Photostate ic owner dan ajak buyer sekali ke ejen insuran untuk pendaftaran insurance baru..sekiranya buyer hendak guna premium roadtax ..atas persutujuan kedua belah pihak..lebih baik dia register new insurance dan roadtax..ataupun dia nak transfer NCD terpulang..
5. Selepas tu..suruh owner serahkan cek atau cash money sebelum membuat pemindahan nama kereta..bila dah terima barulah pergi tukar nama di JPJ..x sampai sejam proses ni..jangan sesekali harapkan orag lain atau upah runner buat pertukaran nama...isi form lekat ic owner dan buyer dan tanda tangan..sekiranya kereta ada saman..hendaklah setelkan dulu..