BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

400 pelesit rempit mandi peluh

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_02.1.jpg

SEBAHAGIAN daripada 400 pelesit rempit yang dipaksa menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer di George Town, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ketagihan sekumpulan 400 pelesit rempit untuk berlumba haram memakan diri apabila mereka terpaksa bermandi peluh seawal pukul 2 pagi semalam selepas diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Pelesit rempit termasuk 30 wanita berusia antara 16 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram semalam. Daripada jumlah itu, 107 diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Alhamdu Sehat berkata, operasi dua jam itu dianggap berjaya kerana telah menggagalkan kegiatan lumba haram yang dirancang pelesit rempit di kawasan tersebut.

Katanya, sebaik dikepung, terdapat sekumpulan pelesit rempit yang cuba melarikan diri dengan melawan arus hingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka patah tulang pipi akibat terjatuh.
 
hhahaha..padan muka korang...:D
 
pmpuan umur 16-32 thun... mcm mne agaknya yg umur 32 thun tu blh g merempit jgk..
 
amekkaw...
kan dah dpt aktiviti riadhah secara paksa :eek:
 
pmpuan umur 16-32 thun... mcm mne agaknya yg umur 32 thun tu blh g merempit jgk..

yg belumba 2 3 org je.yg len semua penonton.
nk bg gempak berita tahan 400 mat rempit.
 
padan muka korang, merempit lagi, orang lain pagi2 tido korang buat keja membahayakan..
 
tudiahhh baru depa tau langit tu tinggi ka rendah hehe
 
lemme guess, semua tu melayu kn.. tsk tsk tsk
 
Back
Top
Log in Register