BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

400 pekerja hijrahan tertunggak gaji akan terima wang tunai, baucar SS$200

Bob_SG

Fun Poster
Messages
721
Joined
Jun 14, 2025
Messages
721
Reaction score
2
Points
25

400 pekerja hijrahan tertunggak gaji akan terima wang tunai, baucar SS$200​

screenshot_2026-06-24_142538.jpg

Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng, berucap kepada pekerja hijrahan bersama Menteri Negara bagi Tenaga Manusia, Dinesh Vasu Dash, di sebuah dewan di Dormitori Tuas View pada 24 Jun 2026. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)

SINGAPURA: Bagi membantu kira-kira 400 pekerja hijrahan yang masih belum menerima gaji mereka menampung perbelanjaan harian, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan sebuah kumpulan hak pekerja hijrahan pada Rabu (24 Jun) mengumumkan bahawa setiap pekerja akan menerima bantuan sebanyak S$100 secara tunai dan S$100 dalam bentuk baucar FairPrice.

Selain itu, NTUC sudah mengenal pasti 150 kerja kosong dalam sektor binaan daripada kira-kira 40 majikan dalam tempoh dua hari lalu untuk ditawarkan kepada para pekerja tersebut, dedah Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng.

IKLAN

Bercakap kepada media di Dormitori Tuas View, tempat kebanyakan pekerja yang terjejas kini ditempatkan, Setiausaha Agung NTUC itu berkata gerakan buruh juga sudah berbincang dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenai usaha mendapatkan semula gaji yang masih tertunggak.

“Amalan meninggalkan pekerja dan tidak membayar gaji mereka bukan sesuatu yang akan kami biarkan tanpa tindakan,” kata Encik Ng.

“Majikan mesti bertanggungjawab, dan saya gembira kerana ramai majikan tampil untuk membantu pekerja hijrahan ini.”

Lawatan itu dibuat selepas lebih 100 pekerja hijrahan yang bekerja dengan KPA Engineering dan SK Industries hadir ke pusat perkhidmatan MOM di Bendemeer pada pagi Isnin (22 Jun) untuk mendapatkan bantuan selepas tidak menerima gaji selama beberapa bulan.

Para pekerja yang berkumpul di pusat perkhidmatan tersebut memberitahu Mediacorp bahawa mereka tidak dapat menghubungi majikan masing-masing berhubung tunggakan gaji yang masih belum dibayar.

IKLAN

“Saya difahamkan bahawa mereka mungkin tidak berada di negara ini,” kata Encik Ng.

Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash, yang turut hadir dalam lawatan ke dormitori itu pada Rabu (24 Jun), berkata kementeriannya memandang serius terhadap majikan yang mungkin menyebabkan pekerja hijrahan tersepit dalam situasi tersebut.

Beliau menambah bahawa MOM akan mengambil tindakan sewajarnya selepas siasatan dijalankan.

Menurut beliau, kementerian itu sudah mendampingi kira-kira 300 pekerja hijrahan semasa lawatan tersebut.

“Sebahagian kisah mereka amat menyayat hati. Ramai yang mempunyai hutang yang perlu dilunaskan. Saya bercakap dengan seorang pekerja yang menghadapi kesukaran kerana anaknya memerlukan wang untuk bersekolah,” kata Encik Dinesh.

IKLAN

Beliau menambah bahawa jumlah gaji tertunggak melibatkan antara satu hingga empat bulan gaji.

Menurut beliau, walaupun bantuan kewangan yang diberikan ketika ini mungkin dianggap sederhana, ia tetap berguna untuk membantu pekerja tersebut melalui tempoh sukar ini dan menambah kredit telefon bimbit supaya mereka dapat berhubung dengan keluarga di negara asal.

MOM juga akan membenarkan mereka menggunakan Pas Khas buat sementara waktu sehingga mereka berjaya mendapatkan pekerjaan baharu.

“Mereka tidak perlu bimbang tentang status pekerjaan mereka sepanjang proses ini sehingga mereka berjaya memperoleh pekerjaan baharu,” katanya.

“Kebanyakan mereka bekerja dalam syarikat pemasangan alat hawa dingin atau syarikat binaan, dan masih terdapat permintaan yang mencukupi dalam sektor-sektor tersebut,” kata Encik Dinesh, yang juga Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

IKLAN

Mengenai isu tempat tinggal, beliau berkata para pekerja akan dipindahkan ke Pusat Penginapan Pekerja Hijrahan MOM di Sengkang apabila tempoh penginapan mereka di Dormitori Tuas View berakhir, supaya mereka “tidak perlu bimbang mengenai tempat berteduh”.

Migrant Workers Centre (MWC) sebelum ini menyatakan ia membantu memenuhi keperluan segera pekerja terbabit dengan menyediakan sokongan seperti tempat perlindungan sementara, makanan dan bantuan pengangkutan.

MWC turut melawat asrama berkenaan pada Isnin untuk mendapatkan maklum balas dan memahami kebimbangan para pekerja.

MOM dan Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM), yang mengendalikan pertikaian berkaitan gaji, turut menyediakan bantuan yang diperlukan kepada pekerja, termasuk menghubungi majikan mereka.

Mediacorp sudah menghubungi KPA Engineering dan SK Industries untuk mengulas tentang isu tersebut.

 
Back
Top
Log in Register