ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Ahmad Jazlan (dua, kanan) menyampaikan replika cek kepada pengusaha kenaf, Zainol Abidin (dua, kiri) mewakili 96 pengusaha kenaf Kedah dan Perlis. Turut kelihatan, Samsudin (tengah). - Foto Bernama
SUNGAI PETANI - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan penanaman ladang benih kenaf seluas 400 hektar bagi kawasan utara, di Kedah dan Perlis pada tahun ini.
Ketua Pengarah LKTN, Samsudin Noor berkata, ia membabitkan kawasan seluas 260 hektar di Kedah dan 140 hektar di Perlis, negeri yang sesuai bagi penanaman kenaf berikutan kesesuaian agroekologinya.
“Ia bersesuaian dengan fokus di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang melibatkan Kedah dan Perlis sebagai pusat pengeluaran biji benih negara,” katanya selepas majlis pembayaran hasil pengeluaran biji benih kenaf Kedah dan Perlis, di sini, semalam.
Beliau berkata, sebuah Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf yang baharu di Jitra, Kedah sedang dibangunkan dengan kapasiti pemprosesan 10 tan biji benih kenaf sehari dan dijangka beroperasi pada April depan.Samsudin berkata, pusat pemprosesan biji benih kenaf sedia ada di Beseri, Perlis akan ditambah baik dengan menambah automasi yang dapat meningkatkan keupayaan memproses benih kenaf kepada tiga tan sehari.Katanya, LKTN akan turut memberi tumpuan kepada penanaman secara berkelompok, iaitu secara ladang bagi menjamin pengeluaran biji benih kenaf yang bermutu.
Dalam pada itu, Pengerusi LKTN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub merasmikan pelepasan eksport sebanyak 200 tan fiber kenaf ke China, oleh Syarikat Kenaf Agro Vet Sdn Bhd (KAV).Beliau berkata, ia merupakan kesinambungan kepada program eksport fiber kenaf pada Oktober dan Februari lalu ke China dan setakat ini, LKTN telah membekalkan fiber kenaf kepada KAV bernilai hampir RM1 juta.
“Pada tahun ini, LKTN menyasarkan nilai eksport fiber dan teras kenaf sebanyak RM5 juta,” katanya.
Terdahulu, LKTN membuat pembayaran bagi pembelian biji benih kenaf kepada 95 penanam di Kedah dan Perlis, berjumlah RM343,932 bagi sebahagian tanaman yang diusahakan pada tahun lalu. - Bernama