BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 tayar, rim kereta lesap

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA: “Saya dan isteri tergamam dan terkejut apabila melihat keempat-empat tayar dan rim kereta hilang, hanya terdapat batu-bata yang diletakkan di tempat tayar untuk mengalas kereta,” kata Azmie Usul, 28.

Kakitangan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas keempat-empat tayarnya hilang, dipercayai dicuri ketika diletakkan di kawasan lapang berhadapan pangsapuri Fasa 5B, Presint 9, di sini.


Katanya, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi ketika hendak ke tempat kerja bersama isteri, Sita Salwa Md Zam, 27 dan anaknya yang berusia setahun.

Katanya, dia meletakkan kereta Proton Saga berwarna hitam milik isterinya itu di kawasan terbabit kerana tidak mempunyai pilihan lain, selain menjadi tempat alternatif untuk meletakkan kenderaan.


“Saya tak ada pilihan lain, selain meletakkan kereta di kawasan berkenaan, tetapi sebelum ini kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku dan saya percaya ini kejadian pertama.


“Kali terakhir saya meletak kereta di kawasan itu kira-kira jam 7.30 petang semalam (kelmarin) dalam keadaan berkunci, saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku, lebih-lebih lagi di Putrajaya.

“Saya tak tahu nak kata apa, perasaan bercampur baur marah dan geram terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya kira-kira jam 8 pagi, semalam.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4tayar_rimkeretalesap/Article/index_html
 
kes mcm ni da biasa berlaku...just hati2 je la bila parking...
 
dekat umah kak ipaq ni
kena suruh dia hati2
 
Kat Flat Hijau pun budak opis aku ilang keempat-empat tayar dia.Saga BLM jugak
 
pantai rim dan tayar standard sudah...xde sape berkenan...
 
pantai rim dan tayar standard sudah...xde sape berkenan...

kadang2 rim stended yg depa nak..rim2 aftermarket yg cokia depa taknak..bos aku 2 kali rim stended gen2 dier kene sebat..kene beli kat kedai tyr yg jual seken..entah2 tuh rim dier :))
 
bukan setakat tayar&rim jer yg hilang, keter & motor jugak byk yg hilang kat putrajaya ni.
 
rim standard kata member aku.... sib bek keta member aku yg parking dpn dia tak kena rembat gak rim dia... :)

alaaa, area putrajaya ni, rogol ke cabul ke pun dah byk cuma kes tu hidden jer.. nak jaga imej kononnya...
 
Back
Top
Log in Register