TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KIEV, 26 Mac: Empat maut manakala 21 lagi cedera, apabila sebuah bas terlanggar periuk api, dekat sebuah bandar di timur Ukraine, semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Wilayah Donestk, Ilia Kiva, bas berkenaan mengambil jalan alternatif untuk mengelakkan pos pemeriksaan kerajaan berhampiran Bandar Artemivsk, kira-kira 50 kilometer di utara Donetsk, pada Rabu.
“Hari ini (Rabu), kira-kira jam 1900 (waktu tempatan)…sebutir periuk api meletup dan terkena sebuah bas penumpang yang membawa orang awam.
“Letupan itu membunuh empat orang,” katanya.
Ketua Kementerian Dalam Negeri Donetsk, Vyacheslav Abroskin berkata, seramai 21 lagi cedera dalam letupan itu, termasuk lapan yang memerlukan rawatan di hospital.
Jurucakap pentadbiran Wilayah Donetsk berkata, angka korban adalah empat orang, dengan sekurang-kurangnya tiga daripada mangsa cedera dalam keadaan serius.
“Pemandu yang mahu mengelakkan pos pemeriksaan Ukraine, berhampiran Artemivsk melalui sebuah padang dan terlanggar periuk api,” katanya.
Kawasan sekitar Wilayah Donetsk terus menyaksikan pertempuran sengit antara kumpulan pemberontak dan tentera kerajaan di Kampung Pisky, berhampiran lapangan terbang yang ditawan pemberontak, pada Januari lalu.
Senjata api bersaiz kecil masih digunakan di Kampung Shyrokyne, dekat bandar pelabuhan Mariupol, bandar terbesar yang masih dalam penguasaan kerajaan di zon konflik.
Lebih 6,000 maut dalam pertempuran antara pemberontak proRusia dan tentera kerajaan di timur Ukraine, sejak April tahun lalu.
Periuk api ditanam di jalan-jalan luar bandar dan ladang pertanian di zon konflik, supaya ia tidak boleh dilalui.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/...-langgar-periuk-api-di-ukraine/#ixzz3VXuen6Ut