rizalstudio
Active+ Member
- Messages
- 2,668
- Joined
- Jan 8, 2009
- Messages
- 2,668
- Reaction score
- 690
- Points
- 71
Nak tanya TT, pernah tak bersama isteri dan anak2 di rumah dalam tempoh yg lama seperti 4-5 hari atau seminggu cuti...
Ataupun sakit dalam 4-5 hari, pasti bersama anak & isteri....
Saya jatuh sakit dulu, dalam 4-5 hari (cuti panjang). Dalam tempoh itu baru saya sedar betapa susahnya isteri saya menguruskan hal2 anak dan rumah tangga. Saya pulak asyik balik lewat kerana ada urusan (bukan berfoya2).
Anak2 pulak terabai kesihatannya dan juga pelajaranya dan juga kasih sayang dari seorang ayah....
Peristiwa itu memberi kesedaran kepada saya untuk fokuskan kepada rumah tangga dan anak serta isteri agar rumah tangga lebih aman. Sebelum ni agak panas dan haru biru sikit...
Sekarang saya selalu balik awal lepas opis utk bersama anak dan isteri.
Kalau saya perlu keluar rumah atas urusan, saya cuba rancang agar dapat bawa mereka bersama....![]()
terus terang sy katakan, aku tak pernah tinggalkan anak bini sorang-sorang walau satu hari kecuali kalau bini balik kampung sebab bersalin/pantang/mak ayah dia sakit... jadi aku la yg sorang2
buat masa skrang, sy belum lagi kena spt tuan kena.. lagipun anak2 kecil lagi... tp tak mustahil sy juga akan kena macam gitu. saya tak sampai hati tinggalkan rumah dan isteri/anak sorang2 walau ada kerja penting.. jika ada pun sy akan bawa diorang skali. macam yg tuan kata, kalau boleh, jangan renggangkan masa kita dengan anak2.. walaupun kita sibuk dengan kerja dan adakalanya tak sempat nak bermain2 atau luangkan masa dengan anak2, at least biasakan diri didepan anak2 @ sering ada dirumah..
tuan pun nampak, bila kita as a suami, walau sakit seminggu, isteri dan anak2 terpaksa tanggung beban dan kelam kabut. apatah lagi kalo kita bercerai??
kepada saudara2/rakan2 kita yg syg sgt kat anak2 diorang lebih dari isteri. masuklah bilik bersalin masa bini kita nak bersalinkan anak kita. macam yg saya dah buat.
pada masa itu baru kita akan sedar, ada 2 org insan antara kita sedar atau tidak telah meletakkan nyawanya/ sanggung berkorban demi kita.. iaitu isteri dan ibu kita...
