eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
IPOH: “Saya tak mahu balik, saya nak tunggu Atan sebab dia suruh tunggu di sini dan janji nak bawa saya balik,” kata Raja Ahmad Asraf Raja Nazrin, 31, yang dipercayai menghidap sakit mental dan sudah empat bulan tinggal di belakang bangunan sebuah hospital di sini selepas didakwa ditinggalkan abangnya.
Dia yang membahasakan dirinya Alang berkata, abangnya, Raja Azraruddin Raja Nazrin, 32, yang dipanggil Atan berjanji mengambilnya semula dan berpegang kepada janji yang diluahkan itu menyebabkannya enggan ke mana-mana kerana bimbang abangnya datang untuk membawanya pulang.
“Saya tahu Atan akan ambil saya kerana dia cakap dia mahu pergi sekejap saja. Kalau saya pergi mana-mana nanti Atan tercari-cari, saya tidak mahu buat dia risau.
“Lagipun Atan cakap dia mahu pergi kerja di bangunan sebelah dan selepas kerjanya selesai dia akan mengambil saya semula dan saya yakin dia datang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Raja Ahmad Asraf ditinggalkan sehelai sepinggang di hospital berkenaan beberapa hari sebelum umat Islam menyambut ketibaan Ramadan pada September lalu.
Dia yang masih bujang mendakwa berasal dari Klang, Selangor dan anak bongsu daripada tiga beradik. Bagaimanapun tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya.
Tersentuh hati melihat Alang hanya tidur di atas simen tanpa sebarang alas dan lebih menyedihkan, tempatnya itu berdekatan tandas dan kadangkala dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan.
Alang dipercayai mengalami gangguan mental kerana sering dilihat bercakap seorang diri namun sehingga kini dia tidak pernah melakukan sesuatu di luar dugaan.
Ditanya sama ada dia mahu dihantar pulang jika ada pihak mahu berbuat demikian, dia hanya menggeleng kepala dan berulang kali menyebut nama abangnya.
“Saya tidak akan pergi dengan orang lain. Saya mahu balik dengan Atan kerana dia sudah berjanji dengan saya dan saya masih ingat lagi kata-katanya,” katanya.
Makan dan minumnya selama ini diberikan kakitangan hospital berkenaan yang bersimpati dengan nasibnya selain beberapa pelawat memberikan pakaian kepadanya.
Sementara itu, seorang pekerja hospital itu yang enggan namanya disiarkan berkata, Alang tidak pernah menimbulkan kekacauan sepanjang empat bulan dia ‘mendiami’ kawasan berkenaan.
“Walaupun dia lapar, dia tidak pernah mengganggu orang lain dan dia hanya duduk di kawasan berkenaan dan minum air paip dari tandas berdekatan.
“Saya simpati dan kesal melihat nasib menimpa dirinya dan tertanya-tanya bagaimana seorang abang tergamak meninggalkan adik kandungnya yang mengalami masalah mental seorang diri,” katanya.
Menurutnya, dia pernah memaklumkan keadaan Alang kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa pegawai agensi kerajaan itu datang mengambil beberapa maklumat mengenai Alang, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.
“Saya kasihan melihat Alang kerana sering menjenguk kepalanya setiap kali ada kereta memasuki pekarangan bangunan ini kerana mungkin dia beranggapan abangnya datang mahu mengambilnya,” katanya.