eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BUKIT MERTAJAM: Empat beradik dari Permatang Tengah, Permatang Pauh, dekat sini, bukan saja hilang arah selepas ditinggalkan ibu setahun lalu, malah keadaan mereka juga tidak terurus berikutan dijaga bapa yang menghadapi masalah mental.
Empat beradik berkenaan sebelum ini menghuni rumah kosong di kampung itu atas keprihatinan penduduk yang simpati dengan nasib mereka yang bagaikan anak ayam kehilangan ibu.
Nasib malang mereka itu dikesan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) sebelum memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Prai Tengah (PKMDSPT) pada 21 Oktober lalu.
Selain tempat tinggal tidak terurus, pakaian dan makanan empat beradik itu juga terabai menyebabkan kakitangan PKMDSPT membawa kanak-kanak itu untuk ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti (RKKTB) Kepala Batas.
Lebih malang lagi, empat beradik itu, Nur Nazirah, sembilan tahun, Nur Shamira, enam tahun, Nur Atirah, 4 tahun dan Ahmad Adina Aiman, tiga tahun tidak mempunyai sijil kelahiran.
Selain itu, Nur Nazirah juga tidak memasuki alam persekolahan seperti kanak-kanak lain ketika berusia tujuh tahun.
Ibu mereka hanya dikenali sebagai Lela dipercayai melarikan diri bersama anak bongsunya hingga menyebabkan empat beradik itu terbiar.
Menurut Nur Nazirah, kali terakhir dia bertemu ibunya ialah tahun lalu sebelum hilang tanpa berita.
Dia juga mendakwa rumah neneknya di Mak Mandin, Butterworth tetapi tidak tahu jalan untuk pergi ke situ.
Berikutan itu, PKMDSPT menempatkan mereka di RKKTB sementara menunggu keputusan mahkamah mengeluarkan perintah jagaan sementara pada 10 Disember depan.
Sehubungan itu, sesiapa yang mengenali ibu atau waris kanak-kanak terbabit diminta menghubungi Pegawai Pelindung, PKMDSPT, Nurdalilah Saidin di talian 04-5385707 atau 04-5385705