BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3rd. World Mentality

Bionik

Super Active Member
Messages
8,222
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
Walaupun idea Wawasan 2020 Che Det yang mahu supaya 1Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020, tapi masih ada pemikiran warganegara kita yang masih ditahap cipan!
Cuba bandingkan perikan antara 2 artikel di bawah ini....
#:-S


Curi kabel, RapidKL rugi RM10 juta
24/07/2011 12:31pm

KUALA LUMPUR - Pengendali perkhidmatan dua aliran transit aliran ringan (LRT) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kerugian kira-kira RM10 juta akibat kecurian kabel pada sistem semboyannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Rel RaipdKL, Bukhari Mohamed berkata, setakat ini terdapat 20 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kabel pada sistem itu di semua aliran LRT terutamanya di kawasan Ampang dan Sri Petaling.

"Tahun lepas RapidKL mengalami kerugian RM15 juta akibat kehilangan kabel sistem itu yang menjejaskan sistem perkhidmatan LRT terutamanya di aliran Ampang," katanya kepada media di sini selepas menyertai program Latihan Kecemasan 2011 di LRT Sungai Besi, yang berakhir kira-kira pada pukul 1 pagi hari ini.

"Pencerobohan ini menyukarkan sistem operasi perjalanan LRT terutamanya dalam aspek perjalanan, kelajuan dan jarak masa," katanya.
- Bernama

Laju macam peluru

CHINA sememangnya menggemari pencapaian yang luar biasa. Pada 30 Jun lalu, ia melancarkan dua pencapaian meganya secara serentak. Pertama, jambatan laut terpanjang di dunia dibuka di Qingdao iaitu Jambatan Teluk Jiaozhou. Jambatan itu dianggap satu lagi keajaiban Negara Tembok Besar itu

Namun, projek kedua lebih mengagumkan. Rangkaian rel kereta api laju Beijing-Shanghai dibuka pada hari yang sama. Beribu-ribu orang membanjiri Stesen Kereta Api Selatan di Beijing dengan tiket di tangan.

"Saya sangat teruja," kata Tina Cheng, seorang eksekutif pemasaran teknologi maklumat yang membayar 550 yuan (RM260) untuk tiket kelas kedua kereta api ekspres itu yang turut dikenali sebagai bullet train.

Tiket kelas VIP pula dijual pada harga AS$270 (RM837) sehala.
Perkhidmatan itu melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 kilometer sejam (km/j).

Perjalanan dari Shanghai ke Beijing sejauh 1,318 kilometer tidak sampai lima jam. "Ia detik yang membanggakan rakyat China," kata Tina seperti dipetik NBC News.

Landasan kereta api baru itu dibina dalam masa 39 bulan, iaitu hampir setahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

Jurutera dan pegawai kereta api telah menguji laluan itu sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembukaannya iaitu sehari sebelum Parti Komunis China menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya, 1 Julai lalu.


ru_01.2.jpg
 
ntah la labu..malaysia ni perangai pelik skit...ak pon tak paham..
 
Mana tak..sesetengah orang tau kabel yg di gunakan tu ada campuran bahan emas pada kabel,..sebab emas adalah agen campuran bahan yg terbaik untuk mengalirkan elektrik tanpa sebarang peningkatan suhu & kelancaran penggunaan...

Si pencuri pun tahu samada risiko berbaloi tak curi kabel ni...dapat 2,3juta ..sure berbaloi...

Sapa belajar elektik/elektronik lebih faham

Dalam motherboard pc korang pun ade benda ni..tu pasal pc boleh on dalam jangkamasa yg lama....
 
Last edited:
lagi satu yg paling aku pelik...Menbuang sampah merata rata...mentaliti apa aku pon tak tau..suku kaum batak kat lake toba pon tak buang sampah merata rata..

sedih aku tengok
 
pelikla aku...dengan bullet train tu...takde pula citer2 kes stesen bullet train runtuh bumbungnya...
 
Mana tak..sesetengah orang tau kabel yg di gunakan tu ada campuran bahan emas pada kabel,..sebab emas adalah agen campuran bahan yg terbaik untuk mengalirkan elektrik tanpa sebarang peningkatan suhu & kelancaran penggunaan...

Si pencuri pun tahu samada risiko berbaloi tak curi kabel ni...dapat 2,3juta ..sure berbaloi...

Sapa belajar elektik/elektronik lebih faham

Dalam motherboard pc korang pun ade benda ni..tu pasal pc boleh on dalam jangkamasa yg lama....

silver is a better conductor...

http://www.tibtech.com/conductivity.php

in fact, copper is a better conductor than gold.

sebab digunakan emas untuk menyalut litar tembaga pada contact point atau tracing di motherboard adalah :

1. noise - copper mudah teroksida, contact point yang teroksida akan menghasilkan noise pada signa.

2. skin effect - bagi litar yang membawa signal berfrekuensi tinggi, akan berlaku skin effect di mana arus hanya mengalir pada perimeter luar litar. penggunaan emas untuk selaput luar mengurangkan skin effect.

3. melindungi kuprum dari oksigen - selain dari masalah noise, copper yang teroksida juga akan menyebabkan litar panas. copper hanya boleh beraksi sebagai pembawa arus dengan baik pada ketulenen 99.95%


memisahkan emas dari copper yang banyak, sakit jiwa oooo...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register