BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

37 berparti liar ditahan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
pesta_1594007214.jpg


ALOR GAJAH: Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripada mereka warga Indonesia, ditahan ketika meraikan parti liar sambutan hari lahir di sebuah rumah di taman perumahan di Pulau Sebang, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Nerkotik IPD Alor Gajah menyerbu sebuah rumah pada jam 12.50 malam selepas menerima maklumat awam.

"Mereka yang berusia antara 20 hingga 43 tahun menjalani ujian air kencing dan semuanya positif dadah, dipercayai jenis methamphetamine.

"Pemeriksaan lanjut menjumpai 16 pil ecstacy dan satu botol plastik kecil yang disyaki berisi dadah ketamin," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Selain itu, mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya.

Polis memberi amaran supaya orang ramai tidak terbabit dalam kegiatan penagihan dadah dan parti liar seumpama itu.

Katanya, PKPP bukan tiket untuk orang ramai terbabit dalam perhimpunan.


== bharian
 
den raso banyak laie tompek samo mcm ni, parti ramai2 sambut PKPP

cumo tak keno tangkap ajo sbb pihak berkuasa tak dapek maklumat

ataupun bilo sampai nk tgkap tak jadi, join sekaki pulak ekekekeekeke
 
Dadah menu hari jadi

ANTARA yang ditahan ketika sebuah parti lait di Alor Gajah.


SERAMAI 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di sebuah rumah di Pulau Sebang di sini, Sabtu lalu.

Hasil ujian air kencing dijalankan mendapati semua mereka yang berusia antara 20 hingga 43 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

Difahamkan, majlis berkenaan dianjurkan sempena sambutan hari jadi seorang daripada mereka yang ditahan itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 12.50 tengah malam sebaik menerima maklumat.

"Semua mereka yang berada dalam rumah teres berkenaan diarah menjalani ujian air kencing dan ujian mendapati semua positif.

"Pemeriksaan lanjut, polis turut menemui 16 pil ekstasi dan satu botol plastik kecil yang disyaki berisi dadah jenis ketamin," katanya.

Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagi semua pertuduhan itu, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurutnya, semua mereka juga dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota masyarakat supaya tidak terbabit dalam kegiatan penagihan dadah dan parti liar seumpama itu.

Katanya, PKPP bukan tiket untuk anggota komuniti terbabit dalam perhimpunan terlalu ramai orang.

Menurutnya, ketenteraman awam dan keharmonian sesuatu komuniti juga perlu dijaga apatah lagi pada waktu tengah malam.
Beliau berkata, polis akan terus melaksanakan operasi seumpama bagi membanteras penagihan dadah.

ANGGOTA polis mengambil sampel air kencing semua individu di lokasi.



== hmetro
 
Back
Top
Log in Register