ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 35 bot nelayan asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevandas berkata langkah proaktif pihaknya yang melakukan rondaan berterusan di perairan negara telah menyumbang kepada peningkatan tangkapan.
Ini kerana sepanjang tahun lepas, 46 bot nelayan ditahan dan dibawa ke muka pengadilan kerana menceroboh dan melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara.
"Peningkatan tangkapan itu kerana APMM Wilayah Timur mengambil inisiatif yang lebih berkesan untuk mengatur gerakan operasi di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku salah laku undang-undang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut Xavier, lazimnya aktiviti pencerobohan nelayan asing ini berlaku di kawasan sempadan melebihi 100 batu nautika dan jarak itu hanya mampu diakses kapal-kapal yang berkeupayaan untuk melakukan rondaan pada jarak tersebut.
Katanya, pihaknya yakin boleh mengatasi kegiatan itu daripada terus berleluasa jika beberapa aset seperti Off-shore Patrol Vessel (OPV) ditambah agar pemantauan lebih kerap dapat dilakukan di kawasan sempadan negara.
Dalam pada itu, Xavier berkata pihaknya juga akan terus memantau kegiatan penyeludupan keluar minyak bersubsidi dan percaya bekalan minyak itu diperoleh nelayan asing yang mengendalikan bot tempatan dan melakukan aktiviti memindah minyak di perairan negara sebelum dipasarkan ke negara mereka. - Bernama