BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

320 pemandu terlepas saman.

aeolian

Active+ Member
Messages
4,188
Joined
Jul 30, 2010
Messages
4,188
Reaction score
389
Points
56
Petaling Jaya: Seramai 320 pemandu kenderaan yang wajar dikenakan saman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi ‘bernasib baik’ apabila dilepaskan dengan amaran oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.


Semua mereka ditahan dalam operasi Ops Pengarah yang diadakan di Plaza Tol PJS1, Taman Datuk Harun di sini, semalam.


Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebanyak 670 kenderaan ditahan untuk pemeriksaan manakala 239 pemandu diambil tindakan.

Bagaimanapun, sebahagian daripada 320 pemilik kenderaan ditahan menarik nafas lega selepas dibebaskan tanpa dikenakan saman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.


Pengarah JPJ Selangor V Valluvan Veloo berkata, pihaknya memberi peluang terakhir kepada 235 pemandu motosikal dan 85 pemandu kereta yang melakukan kesalahan itu.


“Meskipun tindakan saman boleh dikenakan namun pemilik kenderaan hanya diberikan penerangan berhubung spesifikasi ditetapkan JPJ untuk nombor pendaftaran.

“Anggota JPJ turut mencatat nombor kenderaan itu sebelum pemiliknya dibenarkan meninggalkan lokasi sekatan jalan raya diadakan,” katanya.


Menurutnya, penerangan dan peluang itu hanya diberikan hingga 1 November depan sebelum tindakan memberi saman dilakukan JPJ.

“Operasi akan dijalankan di seluruh negara dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu kenderaan yang masih berdegil untuk menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi,” katanya.


Dalam operasi berakhir jam 2 pagi semalam, dua lelaki termasuk salah seorang wartawan akhbar ditahan atas kesalahan menggunakan motosikal curi.


“Kedua dua lelaki berusia 20-an itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.


“Kami mengeluarkan 190 saman, 43 notis atas kesalahan teknikal. Manakala enam kenderaan termasuk dua teksi disita dalam operasi kali ini,” katanya.
 
Takpe , ada lagi 3.6juta ko boleh saman lepas neh. :) at least boleh mengurangkan kemalangan raya yer dop. hehehe
 
ceh.. aku kene 3 bulan lepas ... sebab no tak timbul... takde lak nak bagi amaran.. puas aku merayu... tak padan nak wat palt rm10 jer.. nak saman aku beratus2
 
ceh.. aku kene 3 bulan lepas ... sebab no tak timbul... takde lak nak bagi amaran.. puas aku merayu... tak padan nak wat palt rm10 jer.. nak saman aku beratus2

haa..??
camtu ka..?
nomok guna stiker tak sah ek?

kena timbul jugak
abis tu...
byk keta juta2 rega...byk yg pakai stiker je...
papan plate pun tak pakai...huhu
 
ikut je la spec, bukan susah pun.. murah lak tu... aku beli keta, plat yg dia bg, itu la yg aku pakai sampai sekang.. sekurang2nya have some peace lalu roadblock.. abg jpj pun tak lalu tgk keta standart aku
 
xyah saman...tahan...buatkan no plet baru...yg lama ambil...free tau...rekod no plet...kalau berulang..baru saman..
 
Lahh ada fungsi jgak la JPJ ni yer
 
Back
Top
Log in Register