BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

31 lagi akan didakwa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

HASSAN MALEK (empat dari kanan) bersama para penerima Anugerah Khas Penguatkuasaan sempena sambutan Hari Penguatkuasaan KPDNKK di Putrajaya, semalam. BERNAMA​

PUTRAJAYA 5 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membuka 31 lagi kertas siasatan di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kesemua kes terbabit merupakan hasil pemeriksaan pihaknya terhadap 217,852 premis di seluruh negara sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu sehingga semalam.

“Satu kes sudah didakwa hari ini, esok akan ada dua lagi kes masing-masing di Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan untuk didakwa, selepas ini pegawai kita sedang berunding dengan pihak Pejabat Peguam Negara bagi mendapat persetujuan mereka untuk mendakwa 31 lagi kes ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis perhimpunan sempena sambutan Hari Penguat Kuasa di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Penguat Kuasanya, Mohd. Roslan Mahayudin.

Menurut Hasan, kebanyakan kes yang disiasat melibatkan aktiviti pengambilan keuntungan oleh pengeluar, pembekal dan peniaga serta kegagalan mematuhi peraturan dan perundangan.

Dalam pada itu, Hasan turut menyeru orang ramai supaya bekerjasama dengan kerajaan untuk melaporkan sebarang kes berkaitan peniaga yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah memusuhi peniaga tetapi hanya bertindak tegas terhadap peniaga degil, tamak dan menyalahi undang-undang ditetapkan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji cadangan menstruktur semula bahagian penguat kuasanya untuk dinaik taraf sebagai sebuah jabatan baharu.

"Cadangan ini memerlukan padangan pihak lain juga seperti Kementerian Kewangan dan kementerian yang mempunyai bahagian penguat kuasa masing-masing, kalau cadangan ini relevan dan sesuai, kita akan kemukakan kepada Kabinet," katanya.
 
Back
Top
Log in Register