BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

300 rumah rosak kena ribut

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BALING 5 April - Ribut dan hujan lebat yang melanda daerah ini lewat petang semalam mengakibatkan lebih 300 buah rumah rosak dengan 150 daripadanya dikategorikan teruk.

Rumah-rumah yang terlibat dalam kejadian pada pukul 7.15 petang itu terletak di lima buah taman perumahan dan enam buah kampung.

Sebanyak 69 buah rumah di Taman Desa Bidara adalah antara kawasan teruk dilanda bencana itu termasuk ada di antara bumbung rumah itu diterbangkan sejauh 300 meter.

Berikutan itu, sebahagian mangsa yang terlibat terpaksa ditempatkan di dewan orang ramai, rumah saudara dan jiran terdekat kerana kerosakan rumah teruk.

Sementara itu, di Taman Tanjung Puteri di sini, ribut turut memusnahkan lapan buah rumah menyebabkan kerugian lebih RM13,000.

Tiga lagi taman perumahan yang turut mengalami kerosakan teruk adalah Taman Muslim, Taman Orkid dan Taman Batu Pekaka.

Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga petang ini, seramai 204 mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil.

Beliau tidak menolak ada lagi mangsa terlibat yang masih belum membuat laporan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. Jumlah kerugian akibat kejadian juga belum dapat ditafsirkan," katanya.

Seorang penduduk, Zuraida Mat Zain, 38, yang menyaksikan sendiri kejadian itu berkata, angin datang dengan kuat dan bergulung-gulung yang kemudiannya menerbangkan bumbung bahagian hadapan rumahnya.

Sementara itu, kerajaan Persekutuan akan memberikan wang bantuan RM300 kepada setiap mangsa esok sebelum membantu membaiki rumah terlibat.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya kini membuat bancian awal bagi membolehkan penghantaran bantuan segera.
 
aku dgr kat radio sinar td kaw2 nye kutuk pasal bantuan tuh...dia dok habaq lam surat khabar dan tv tige dok heboh dpt bantuan kononnya pemimpin yg yang amiktahu hal rakyat...tp hakikatnya satu sen haram depa x dapat.... betui kaaa...agak2 la pemimpin mana yg bg duit masuk tb3 tuh...
 
Back
Top
Log in Register