eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SHANGHAI - Aktivis-aktivis haiwan di Shanghai menyelamatkan 300 ekor kucing daripada seorang penjual yang merancang untuk menjualnya kepada pemilik beberapa buah restoran di selatan China.
Menurut seorang aktivis itu, Lai Xiaoyu, 34, dia dan rakan-rakan bertindak menyelamatkan kucing tersebut selepas mendapat maklumat daripada seorang individu yang menyayangi haiwan berkenaan.
Mereka menemui 22 sangkar buluh yang dipenuhi kucing di pekarangan kargo pada Jumaat lalu sebelum haiwan itu dijadualkan dihantar ke wilayah Guangdong dengan kapal.
Dia berkata, kebanyakan haiwan itu sudah dihantar pulang kepada pemiliknya tetapi tiga daripadanya mati dan sebahagian lagi patah kaki.
Menurut akhbar Shanghai Daily semalam, pemilik restoran sanggup membayar 50 yuan (RM25.89) bagi setiap seekor kucing. - AFP