ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut.
MANJUNG - Seramai 25 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan lima lelaki warga Myanmar serta China ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sebuah pusat hiburan di Seri Manjung dalam Ops Noda, di sini malam kelmarin.
Operasi yang diketuai Inspektor Nor Shaharah Marzuki dan disertai lapan anggota dari pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.
Dalam serbuan pada 11 malam itu, 19 pelanggan turut ditahan termasuk lima remaja lelaki tempatan bawah umur dan tiga lelaki warga China serta dua lelaki warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Nor Shaharah berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 16 hingga 36 tahun itu dibawa ke IPD Manjung untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.
"Hasil dari ujian air kencing yang dijalankan mendapati sembilan GRO dan empat pelanggan lelaki tempatan positif dadah jenis amphetamine dan ketamine.
"Polis juga turut menahan pengurus dan seorang lelaki tempatan yang bekerja di premis terbabit selepas mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, kelmarin.