BTC USD 82,471.6 Gold USD 4,120.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

30 minit kepala tersepit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,740
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,740
Reaction score
1,682
Points
201
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan kepala kanak-kanak yang tersepit. FOTO ihsan Bomba.


Puchong: Kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit apabila kepalanya tersepit pada jeriji pagar pintu rumah di Bandar Puchong Jaya, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.03 tengah hari.

Seramai 13 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati kepala kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu tersepit pada jeriji pagar pintu rumahnya dalam keadaan terbaring," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit dengan cara merenggangkan jeriji pagar menggunakan alatan pembuka.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini," katanya.


== hmetro
 
adoi, main cmne dik kepala leh lepas gril tu. nasib baik xde pape...
 
Back
Top
Log in Register