BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

30% masjid berdepan risiko di gadai

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
30% masjid berdepan risiko

Oleh Muhammad Saufi Hassan
A view of the sea
GAMBAR DIJANA AI
Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 30 peratus masjid di negara ini dibina di atas tanah wakaf, sekali gus mencetuskan kebimbangan berhubung status pemilikan tanah berkenaan yang bakal tergadai jika tiada proses dokumentasi rasmi dijalankan.

Berdasarkan data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dianggarkan 6,825 masjid berdaftar di seluruh negara.

Daripada jumlah berkenaan, sekurang-kurangnya 30 peratus masjid dibina atas tanah wakaf iaitu harta disumbangkan secara sukarela oleh individu atau pihak tertentu untuk tujuan amal atau keagamaan.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Azri Bhari berkata, berdasarkan peratusan anggaran berkenaan, sekitar 2,000 masjid mungkin beroperasi di atas tanah wakaf namun status pemilikan serta pemantauan terhadap tanah itu menjadi persoalan besar.

Katanya, terdapat beberapa kes di negeri tertentu menunjukkan masjid terpaksa dipindahkan atau mungkin dirobohkan selepas berlaku pertikaian hak milik yang berpunca daripada ketiadaan dokumen pengisytiharan wakaf atau kelalaian pendaftaran rasmi.

"Kita tidak mahu insiden penjualan tanah yang sudah diwakafkan berlaku lagi pada masa depan akibat kekurangan dokumen sokongan kepada pihak pengurusan sesebuah masjid.

"Oleh itu, pihak pengurusan masjid perlu lebih cakna tentang status pemilikan tanah berkenaan dan jika ia diwakafkan, pastikan ia bukan janji lisan tetapi disertakan dengan dokumen," katanya kepada Metro Ahad.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wakaf dan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) berkata, masjid yang dibina atas tanah wakaf tanpa dokumen berisiko untuk hilang status sekiranya waris menuntut semula tanah berkenaan atau berlaku penjualan secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, jika ia dijual secara sah dan pihak pengurusan masjid tidak mempunyai dokumen sokongan, agak sukar untuk dibuktikan di mahkamah jika pertikaian itu dibawa ke neraca pengadilan sivil.

"Kita tidak bermaksud untuk menakutkan pihak tertentu tetapi pengurusan masjid perlu lebih prihatin tentang isu pemilikan ini sekali gus mengelakkan sebarang pertikaian pada masa depan.

"Sehubungan itu, ada pihak mencadangkan supaya proses pendigitalan, pemetaan semula serta pewartaan tanah-tanah wakaf bagi mengelakkan sebarang implikasi undang-undang pada masa depan.

"Langkah ini juga penting bagi melindungi kepentingan masyarakat dan kesucian masjid sebagai institusi ibadah dan pusat komuniti," katanya.

Disiarkan pada: May 11, 2025 @ 7:00am
 
Back
Top
Log in Register