BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 sahur 'percuma' selepas terbabas

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_08.1.jpg

KEADAAN kereta yang terbalik selepas melanggar tiga pokok di Alor Setar, semalam.

-----------------------------------------------------------------
ALOR SETAR - Ketika umat Islam sedang membuat persiapan untuk bersahur, tiga lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbalik selepas terbabas memasuki halaman sebuah rumah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi, kereta Proton Wira Aeroback itu terbabas ke halaman sebuah rumah di sini selepas merempuh pokok rambutan, pokok kelapa dan pokok mangga, dan terbalik.

Tuan rumah, Syed Yusof Syed Omar berkata, sewaktu kejadian dia mendengar bunyi kereta yang dipandu laju dari arah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim menuju ke Kepala Batas.

"Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti menghempap rumah. Saya tunduk dan memejam mata kerana menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku," kata pemilik rumah itu kepada pemberita di rumahnya di sini semalam.
 
time pagi2 lak tu ... mabuk ke ?:o
 
tuan rumah ajak sahur la tu..sebab tu percuma... pastu tuan rumah buat kira2...berapa harga sebatang pokok dia yg tumbang.
 
tengok kemalangan mcm serius,sib baik semuanya selamat.
 
laju sangat .. waktu pagi .. nak ke mana..
 
masih idup lagi ka yg bawak kereta tu.
liat juga yer..
 
Back
Top
Log in Register