BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 remaja dicekup samun teksi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Teksi yang cuba disamun dalam kejadian Isnin lalu.​

KUALA LANGAT - Tiga remaja berusia lingkungan 17 hingga 22 tahun ditahan selepas menyamun dan melarikan sebuah teksi berhampiran Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Buaya, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pemandu teksi berkenaan menumpangkan suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita dari stesen LRT Ampang ke lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, setibanya di kawasan perkuburan tersebut, ketiga-tiga penumpang yang duduk di bahagian tempat duduk belakang dan depan telah mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke tengkuk dan perut pemandu teksi terbabit.

"Salah seorang suspek mengarahkan mangsa memberhentikan teksi dan menyuruhnya keluar," katanya.

Menurutnya, suspek mengambil wang berjumlah RM115 dan mengarahkan mangsa meniarap sebelum melarikan teksinya.

Mangsa kemudian membuat panggilan di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan berjaya menjejak teksi berkenaan di hadapan sebuah bank di Banting.

"Kita kemudian berjaya menghalang teksi dinaiki suspek, namun suspek bertindak merempuh kenderaan polis dan melarikan diri sehingga ke Telok Panglima Garang.

"Bagaimanapun, teksi tersebut terbabas setelah merempuh beberapa buah kereta dan motosikal sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Kesemua suspek kemudian ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
 
ape nak buat denagn teksi tu...
kasihan orang lain terbabit sama kena langgar
 
kerja yang halal belambak, yang haram jugak dicari. ambik ko
 
Back
Top
Log in Register