BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 Penjenayah ditembak mati

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
penje_cropped_1514562479.jpg

Antara mayat penjenayah yang ditembak mati selepas berbalas tembak di Jalan Sg Tua, Hulu Yam Bharu. FOTO - Mohd Khairul Helmy Mohd Din


Tiga penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu pada 6.45 petang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, tiga lelaki berusia 30 hingga 40-an itu meninggal dunia di lokasi.

“Terdahulu, kami mengesan Suzuki Swift putih dinaiki suspek di Bandar Baru Selayang susulan hebahan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung kes samun pelanggan.

“Kami cuba menahan kereta terbabit namun suspek memecut. Kami dapat memintas selepas mengejar sejauh kira-kira 10 kilometer,” katanya pada sidang media di lokasi.

Menurut beliau, dalam usaha melepaskan diri, suspek melepaskan sedas tembakan ke arah pihaknya.

“Bagi mempertahankan diri, kami membalas tembakan menyebabkan ketiga-tiga suspek maut.

“Pemeriksaan pada kereta itu menemui dua parang, sepucuk pistol bersama empat peluru dan barangan peribadi disyaki hasil samun,” katanya.

Menurut Fadzil, pihaknya masih mengenal pasti identiti suspek.

Mayat ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kami yakin dapat menyelesaikan beberapa kes samun pelanggan bank yang mengeluarkan wang dengan tertumpasnya kumpulan penjenayah ini.

“Sepanjang tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor merekodkan 86 kes samun pelanggan bank dengan anggaran kerugian RM8 juta,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.





sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/298168/peluru-pengakhiran-3-penjenayah





.
 
3 penjenayah ditembak mati

29mati2.transformed.jpg


29mati1.transformed_0.jpg

Pihak polis memeriksa mayat tiga orang penjenayah yang di tembak di Hulu Yam Bharu, Batu Caves. - Foto Khairul Helmy Mohd Din


GOMBAK: Polis menembak mati tiga penjenayah dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bahru, Batu Caves, di sini, petang tadi.

Ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift berwarna putih pada mulanya dikesan berlegar di sebuah pusat komersial di Bandar Baru Selayang, dekat sini, kira-kira jam 6 petang.

Susulan maklumat risikan itu, hebahan dibuat oleh polis daerah Gombak kepada semua pasukan dan unit peronda yang berada di lapangan untuk menahan semua suspek.

Menyedari kehadiran polis, suspek berusaha melarikan diri dengan memecut kenderaan mereka.

Selepas lebih 30 minit mengejar, polis yang menaiki dua kenderaan, berjaya mengepung masa di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Baru Selayang dan meminta mereka menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat, berkata menyedari diri mereka terkepung, seorang suspek bertindak nekad melepaskan tembakan ke arah polis.

"Anggota kita tiada pilihan selain membalas tembakan ke arah mereka untuk mempertahankan diri menyebabkan ketiga-tiga suspek mati ditembak kejadian.

"Pemeriksaan menemukan sepucuk pistol jenis Beretta .22 dan dua bilah parang dalam kenderaan suspek," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, sebentar tadi.

Katanya, buat masa ini, polis belum dapat memastikan identiti semua suspek kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui, namun mereka dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.

"Ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dengan beberapa kes samun keluar bank yang dilaporkan berlaku di sekitar Selangor.

"Kita masih meneruskan siasatan berapa banyak kes membabitkan kumpulan ini.

"Ini kerana untuk tempoh tahun ini sahaja, sebanyak 86 kes samun keluar bank dicatatkan di Selangor membabitkan jumlah kerugian RM8 juta, dipercayai didalangi beberapa kumpulan, termasuk tiga lelaki yang ditembak mati hari ini," katanya.

Katanya, kumpulan berkenaan turut dikesan aktif melakukan kegiatan itu di negeri berhampiran, antaranya Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kes terbaharu membabitkan samun keluar bank dilaporkan di Shah Alam, tengah hari tadi, membabitkan kerugian RM100,000.

Fadzil berkata, kes tembak itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.






sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/368663/3-penjenayah-ditembak-mati




.
 
mudah.... sorang yg tembak polis, 3-3 jalan sekali..
 
Hahahahaha.... dah la guna pistol kecik, pi tembak polis buat apa.... tiga2 jalan....
 
Bravo utk abam2 polis yang sanggup mengadai nyawa utk keamanan negara. Risiko utk mereka ditembak tetap ada.
 
Back
Top
Log in Register