BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 pegawai UNISEL turun pangkat

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
SHAH ALAM: Tiga individu di Universiti Selangor (UNISEL) yang dilucutkan jawatan sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr Rosti Saruwono sebagai tanda bantahan terhadap tindakan itu, sudah ditukarkan ke jawatan lain. Menurut sumber, Rokmaa Mat yang memegang jawatan Pendaftar UNISEL sebelum ini hanya dipinjamkan ke jawatan berkenaan dan akan bertugas seperti biasa di Yayasan Selangor.

Dua lagi individu iaitu Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah pula diturunkan pangkat berkuatkuasa serta merta.

“Khalifah diturunkan pangkat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Halid menjadi pensyarah biasa di fakulti sama. Kedua-dua mereka ini sudah mendapat surat pertukaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berita Minggu difahamkan, perkara itu diluluskan oleh Lembaga Pengarah UNISEL yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti berkenaan.

Pada 3 Ogos lalu, Dr Rosti meletak jawatan sebagai membantah pelucutan jawatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.
Menurut satu kenyataan untuk edaran dalaman UNISEL, keputusan Dr Rosti itu dibuat kerana memorandum yang dihantar kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dianggap memfitnah Dr Rosti dan tiga individu terbabit.

Memorandum bertarikh 16 Mei itu turut ditandatangani Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam; Prof Dr Anuar Ahmad (TNC Akademik), Prof Ir Dr Mohamed Daud (TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah Hassan (Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan).

Ekoran itu, Lembaga Pengarah UNISEL melantik Dr Anuar Ahmad sebagai Pemangku Naib Canselor universiti itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan.
 
selamat turun pangkat ye
 
penstrukturan semula..biase la ade rombakan...untuk kepentingan unisel gak...kekekeke
 
bukan sebelum ni orang kak rosmah ke kt UNISEL tu?
 
bila politik masuk dalam hal pembelajaran
Bukan politik tiba2 masuk campur.

Sebenarnya hanya setelah Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri Selangor menerima laporan/memorandum bertarikh 16 Mei ditandatangani Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam; Prof Dr Anuar Ahmad (TNC Akademik), Prof Ir Dr Mohamed Daud (TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah Hassan (Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan) berserta bukti2 tentang "corrupt practices" oleh ketiga2 mereka, maka siasatan di jalankan & apa tindakan selanjutnya telah di persetujui dalam menyuarat, termasuk di persetujui oleh Dr Rosti sendiri....
 
Last edited:
apa2 jer lah.. gaji dapat sudah
 
bagus, pentadbiran universiti bawah BN entahapahapa.


yang naik atas orang yang kuat bodek orang politik.


bersihkan je semua.


Jawatan Dekan bukannya memang biasa kalau turun naik? sekejap jadi dekan, sekejap mengajar balik, lepas tu naik balik, tak gitu eh?
 
Back
Top
Log in Register