BTC USD 80,830.8 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 Kebinasaan Akibat Suka Berdebat

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
17265010_1613841295300578_3907871915645819477_n.jpg




1. Hasad Dengki

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Jauhilah hasad (dengki), karena hasad dapat memakan segala amal kebaikan seperti api memakan kayu yang kering.” (HR Abu Daud )

Lihatlah Nabi saw menyatakan bahwa sebanyak mana pun amal solih yang pernah dibuat olih seorang yang ada sifat hasad, amal solihnya akan binasa lalu dia akan menjadi seorang yang muflis di akhirat nanti.

Orang yang suka berdebat itu suka melihat saingannya kalah atau hujjahnya salah. Maka apabila dia melihat hujah saingannya lebih benar, hatinya merasa sakit, sedangkan kebenaran itu adalah satu nikmat. Maka apabila sakit hati dengan nikmat yang ada pada orang beriman yang lain, jatuhlah dia ke dalam hasad.

Hasad dengki alah api yang membakar hati. Di akhirat ia tetap membakar dimana orang yang hasad dibakar didalam neraka Allah.






2. Takabbur

Sering terjadi seorang yang suka berdebat hujjahnya dimenangkan orang lalu datang rasa angkuh didalam hatinya atau hujjahnya ternyata salah lalu dia tidak mahu menerima kesalahannya itu atau saingannya benar lalu dia menolak kebenaran itu. Maka tanpa syak lagi dia sudah tergolong dalam orang2 yang takabbur..

Maka siapa sahaja yang tergolong dalam golongan orang yang takabbur, ia akan dihumban ke dalam neraka di akhirat nanti.

Firman Allah swt :

أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْمُتَكَبِّرِينَ

Artinya : Bukankah dalam neraka Jahannam itu adalah tempat bagi orang-orang yang takabbur? ( az-Zumar 60)






3. Dendam

Seorang yang suka berdebat jika tidak berhati2 akan mudah jatuh kepada sifat dendam, sifat mazmumah yang dibenci Allah.

Apabila dia melihat hujjahnya sepi dari sokongan atau hujjah saingannya lebih di beri pujian pasti datang syaitan menghasutnya supaya menyimpan rasa dendam. Jika dia tidak dalam perlindungan Allah dan niatnya tidak ikhlas, pasti dia akan menyahut hasutan syaitan tersebut lalu menyimpan dendam yang akhirnya hatinya pasti rosak susah diubati lagi..

Allah swt bertanya di dalam Al-Quran :

أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Artinya: "..Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (an-Nur 22)

Ayat ini berkenaan orang2 yang tidak suka bermaaf maafan. Seorang pendendam tidak akan memberi maaf kepada saingannya. Maka jelas orang yang pendendam itu tidak mendapat keampunan dari Allah. Maka dimana tempatnya orang2 yang tidak mendapat keampunan Allah selain neraka?

Ini adalah jika dia berdebat kerana nafsu dan ingin menunjukkan kelebihannya atas segala manusia, adapun jika kerana menegakkan kebenaran atau mengalahkan kebatilan maka debatnya berpahala dan dipuji syarak.

Wallahua’lam
 
Jazakallahu khoir

Benar..memasuki arena debat@jidal membuka seluas2nya pintu kpd bisikan setan terhadap ahli2nya

Allahua'lam
 
sabar je laa..

walau dilempar pelbagai tuduhan..

digelar macam2..
 
peringatan untuk diri sendiri...



Benarkah Bumi Itu Rata??

Hang bukan dah jadi follower den ke? :eek:

Wowwww.......thread ni dah nak masuk 400 page.

Kesimpulan keseluruhan:
Berdasarkan fakta2 yg dikemukakan,den buat kesimpulan bumi ni berbentuk piramid.sbb berputar pada paksi laju sangat jadi nampak mcm bentuk kon.pastu bila berputar pada orbit,nampak jadi mcm bulat. :))

Mudah-mudahan kesimpulan yg den buat ni dapat memuaskan hati semua orang. :eek:

den pengikut ekau....den sokong bumi berbentuk piramid.. :))
 
Back
Top
Log in Register