surfer957
Super Active Member
- Messages
- 7,974
- Joined
- Mar 30, 2008
- Messages
- 7,974
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
Tempoh 3 bulan tukar cermin gelap kafe siber
AMPANG- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi tempoh selama tiga bulan kepada semua pengusaha pusat kafe siber di kawasan pentadbirannya supaya menukar cermin gelap yang dipasang di premis mereka.Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohammad Yacob berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan bahagian dalam kafe itu dilihat oleh orang ramai serta pegawai MPAJ dari luar bagi mengatasi masalah penyalahgunaan kafe siber berkenaan.
Menurutnya, notis arahan tersebut telah dikeluarkan baru-baru ini dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, lesen perniagaan mereka akan ditarik semula.
"Sebelum ini, aktiviti di kafe siber sukar untuk dilihat oleh umum memandangkan kebanyakan premis menggunakan cermin gelap.
"Ia mungkin bertujuan untuk mengaburi penguat kuasa kerana mereka menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang terutamanya aktiviti yang melibatkan perjudian," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Perhimpunan Bulanan MPAJ di sini.
MengawalBagaimanapun, kata Muhammad, dengan pelaksanaan langkah ini (tukar cemin), MPAJ berharap dapat mengawal masalah tersebut daripada berleluasa kerana cermin lutsinar membolehkan bahagian dalam kafe dilihat dari luar.
Dengan itu, katanya, orang ramai yang melihat kegiatan mencurigakan berlaku di dalam kafe itu boleh memaklumkan kepada penguat kuasa supaya tindakan dapat diambil.
Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 80 peratus pengusaha kafe siber daripada 58 buah yang berlesen telah pun menukarkan cermin premis mereka kepada cermin lutsinar.
Menurut Mohammad, MPAJ akan mengambil tindakan menarik semula lesen perniagaan kepada mana-mana pengusaha sekiranya gagal berbuat demikian dalam masa yang telah ditetapkan.
Sebelum ini, katanya, MPAJ telah mengambil tindakan terhadap 120 buah kafe siber yang tidak mempunyai lesen yang sah.
Tambahnya, selain itu, MPAJ juga telah mengenakan kompaun kepada pengusaha kafe siber yang membenarkan pelajar-pelajar yang memakai uniform sekolah memasuki premis mereka.
"Pada tahun ini sahaja, seramai 80 orang pelajar telah ditangkap kerana memasuki pusat siber dan kesemua mereka telah dihantar ke sekolah-sekolah masing-masing untuk tindakan lanjut.
"Bagi premis-premis yang didapati membenarkan pelajar-pelajar berkenaan masuk pula akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000," tegasnya.
Dalam pada itu, Mohammad berkata, MPAJ turut melanjutkan masa operasi kafe siber selama satu jam bermula dari 8 pagi sehingga 1 pagi.
Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka supaya menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya.
Dipetik dari - buah betik ...
