BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 beradik mati bersama

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,280
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,280
Reaction score
5,428
Points
486
pic-top.jpeg

IPOH – Tiga beradik lelaki menemui ajal selepas kereta Perodua Axia yang dipandu ibu mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, tiga beradik yang maut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, dan dua adiknya, Muhammad Lutfi Hakim, 3, serta Muhammad Affan Hafiy berusia satu tahun yang tersepit di dalam kereta yang remuk tersebut.

Ibu mereka, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Di dalam kereta itu, satu dokumen berkaitan kes syariah di Mahkamah Rendah Syariah di Melaka antara Nur Aimi Nadiah dengan seorang individu lelaki turut ditemui.

Kereta Perodua Axia itu pula dipercayai telah disewa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan ketika hujan itu dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas sendiri sebelum melanggar belakang sebuah treler di lorong kecemasan.

Menurutnya, sebelum kemalangan itu berlaku, sebuah treler membawa muatan barangan elektronik yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang telah merempuh belakang sebuah lori membawa baja kelapa sawit.

Katanya, kedua-dua pemandu kenderaan berat itu kemudian memberhentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan.

“Perodua Axia yang dinaiki empat beranak pula sedang menuju ke utara, namun setiba di lokasi kejadian, pemandunya tiba-tiba hilang kawalan sebelum berpusing-pusing dan melanggar belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kesemua mangsa dikatakan beralamat di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Mohamad Nordin berkata, akibat kemalangan itu, keempat-empat mangsa tersepit di dalam kereta dengan tiga beradik berkenaan disahkan maut di tempat kejadian.

Ujarnya, kedua-dua pemandu treler dan lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.01 petang.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati, empat beranak itu telah tersepit di dalam kereta yang remuk dan usaha menyelamatkan mereka segera dijalankan.

“Pasukan kami menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

“Mayat tiga kanak-kanak diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu kereta yang parah dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim yang kritikal dalam kejadian itu masih belum sedarkan diri selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Ibu belum tahu tiga anak sudah tiada

17 Disember 2020

1608191660671.png

Gambar kenangan Nur Aimi bersama tiga anak lelakinya yang maut dalam nahas pada Rabu.

IPOH - Wanita yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang, di sini pada Rabu belum mengetahui ketiga-tiga anaknya telah meninggal dunia.

Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang kritikal dalam kejadian itu masih belum sedarkan diri selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Mangsa dilaporkan mengalami pendarahan dalaman akibat tersepit selepas kereta jenis Perodua Axia dinaiki bersama tiga anak lelakinya itu hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Abang mangsa, Muhd Jazli Aiman, 31, berkata, Nur Aimi telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pagi tadi dan keadaan kesihatannya semakin stabil.
"Kami masih belum berkesempatan jumpa adik di ICU, namun doktor yang merawatnya ada memaklumkan keadaannya semakin baik," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

Menurutnya, Nur Aimi yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang tinggal berasingan dengan suaminya kerana tuntutan kerja.
"Ketika kejadian, dia dan tiga anaknya dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas menghabiskan masa bercuti di kampung kami di Melaka," katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, tiga anak lelaki Nur Aimi, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Muhd Jazli berkata, mayat ketiga-tiga anak saudaranya itu akan dibawa ke kampung mereka di Sungai Putat, Melaka untuk urusan pengebumian.
"Bedah siasat akan dijalankan petang ini dan Insya -ALLAH pengebumian akan dilakukan malam ini," katanya.

macam mane perasaan bila tahu nnti...3 anak hilang sekelip mata...takziah
 
Back
Top
Log in Register