BTC USD 86,826.6 Gold USD 4,181.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 Amalan Mulia

rimau

Fun Poster
Messages
642
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
Assalammualaikum...


3 amalan mulia yang baik diamalkan :-


1. Bersedekah / Berhibah

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.


Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2


[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3

[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4


[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
 
PENGERTIAN HIBAH

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.



DALIL MENGHARUSKAN HIBAH

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 177:

Dan memberi seseorang akan harta yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.

Hadis riwayat Ahmad, Sabda Rasulullah saw:

Berilah hadiah (hibah), nescaya kamu dikasihi.



SIFAT DAN CIRI-CIRI HIBAH

Hibah tidak boleh ditarik balik kecuali pemberian bapa kepada anaknya atau daripada datuk kepada cucunya.



RUKUN HIBAH

1.Pemberi hibah (wahib)

2.Penerima hibah (mauhub-lahu)

3.Harta yang dihibahkan (mauhub)

4.Sighah kontrak (penawaran dan persetujuan)
 
Yang Kedua Membaca Yaasin

RASULULLAH �s.a.w �telah �bersabda �yang �bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya,akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. �Jika �dibacakan �kepada �orang �yang telah meninggal dunia, �Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika �dibacakan �kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap �sesuatu mempunyai hati �dan �hati �al-Quran �itu �ialah Yassin. Sesiapa membaca surah �Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya �seperti �pahala membaca �al-Quran � sebanyak 10 kali.
12. �Sabda �Rasulullah �s.a.w �lagi, �"Apabila datang ajal orang �yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa �malaikat berbaris bersama Malaikat �Maut. �Mereka berdoa �dan �meminta �dosanya diampunkan Allah, menyaksikan �ketika �mayatnya dimandikan dan �turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. �Malaikat �Maut �tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca �Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. �Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke �dalam �kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda �selanjutnya: �"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Baca Yassin selepas solat Subuh setiap hari InsyAllah ..Allah akan mempermudahkan urusan kita disiang hari..

Baca Yassin selepas solat maghrib setiap hari..insyAllah ..Allah akan melindungi kita dimalam hari dari perkara2 yang tidak elok.

:)

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat
 
Yang Ketiga

Mengasihi Sesama Insan dan Makhluk Allah


Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dzat Yang Maha Pengasih (Allah) sangat berbelas kasih terhadap orang-orang yang berbelas kasih. Maka berbelas-kasihlah kalian semua terhadap makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi, karena Allah beserta para Malaikat-Nya yang ada di langit akan membelas-kasihani kalian semua.”


Hikayat


Pada suatu hari ketika tengah berjalan-jalan di kota Madinah, Umar bin Khattab melihat anak kecil mempermainkan seekor burung pipit di tangannya.

Umar merasa kasihan terhadap burung kecil itu. Maka ia pun membeli burung itu dari anak kecil tersebut kemudian melepaskannya.

Setelah Umar wafat, banyak orang bertemu dengannya dalam mimpi. Mereka pun menanyakan keadaan Umar, “Bagaimana perlakuan Allah terhadapmu?” Umar menjawab, “Allah mengampuni dosa-dosaku dan membebaskan aku dari siksa-Nya.”

Mereka bertanya lagi, “Sebab apa? Apa karena sifat kedermawananmu, atau sifat adilmu, atau karena zuhudmu?”

Umar menjawab, “Ketika kalian memasukkanku ke liang lahat dan menimbunku dengan tanah kemudian kalian meninggalkanku, datang dua Malaikat yang membuat akalku melayang dan tulang-tulangku menggigil karena ketakutan. Keduanya menanyaiku berbagai hal. Namun tiba-tiba ada seruan, “Wahai Malaikat-Ku, tinggalkan hamba-Ku ini. Jangan kalian membuatnya takut. Sungguh Aku mengasihinya dan membebaskannya dari siksa-Ku sebab dia berbelas kasih terhadap seekor burung pipit ketika hidup di dunia. Kini Aku balas berbela-kasih padanya.”

Diceritakan, dahulu kala di kalangan Bani Israil terjadi bencana kelaparan. Suatu ketika seorang ahli ibadah di antara mereka melewati sebuah gundukan pasir. Ia pun berkata dalam hati, “Seandainya pasir ini tepung, aku akan mengenyangkan perut orang-orang Bani Israil.”

Maka Allah menurunkan wahyu kepada seorang Nabi-Nya. Allah berfirman, “Katakan pada si Fulan, ‘Allah telah menetapkan pahala untukmu sebab ucapanmu; ‘seandainya ini tepung tentu aku akan menshodakohkannya untuk orang-orang Bani Israil.’”

Sesungguhnya barang siapa berbelas kasih terhadap makhluk Allah, maka Allah akan berbelas kasih padanya. Dan sesungguhnya ahli ibadah tadi ketika merasa kasihan terhadap hamba-hamba Allah dengan ucapannya, “Seandainya pasir ini gandum, aku akan mengenyangkan perut orang-orang Bani Israil,” maka ia mendapat pahala sebagaimana jika dia benar-benar melakukan hal itu.

:)
 
semoga usaha dakwah saudara diberkati ALLAH
 
Back
Top
Log in Register