BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3,807 Graduan Dirai Pada Majlis Konvokesyen Ke-27 UMS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
c4fe9253c4bbf88dfc96261baa518e4f6929152705d68

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor ketika ditemuramah oleh Bernama baru-baru ini.

Sebanyak 3,807 graduan yang menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,098 graduan menerima skrol Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (295); Doktor Falsafah (193), Diploma Pascasiswazah (172) dan 49 graduan Diploma.

Beliau berkata majlis konvokesyen pada kali ini turut meraikan 288 graduan kelas pertama, graduan antarabangsa (125), golongan B40 (77), Orang Kurang Upaya (10) dan seorang graduan Anumerta.

"Satu daripada pencapaian paling bermakna ialah penganugerahan Aegrotat Degree pertama dalam sejarah UMS, sesuatu yang sangat signifikan dan ini menunjukkan komitmen universiti terhadap kesaksamaan akademik serta pengiktirafan terhadap pelajar menghadapi cabaran kesihatan luar biasa tetapi tetap menunjukkan rekod akademik memuaskan.

"Majlis Konvokesyen ke-27 UMS mencerminkan bahawa universiti ini bukan sahaja menghasilkan graduan berkualiti, tetapi juga kekal sebagai sebuah universiti komprehensif berteraskan nilai inklusif, kepelbagaian budaya Borneo serta keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan kemanusiaan. Inilah wajah sebenar UMS: The Brain of Borneo," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Kasim ketika berkongsi perancangan UMS menjelang 2026 berkata universiti berkenaan sedang memasuki fasa pertumbuhan strategik dengan beberapa perkembangan baharu termasuk memperkenalkan program baharu iaitu Sarjana Muda Sains Senibina, Sarjana Muda Ukur Bahan, Sarjana Muda Sains Dietetik dan Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan.

Beliau berkata program itu merupakan strategi kritikal bagi memenuhi permintaan tenaga mahir tempatan, menyokong pembangunan pesat Sabah serta menyediakan peluang kepada pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut tanpa perlu ke Semenanjung atau luar negara.

"Pada awal penubuhan, UMS hanya ada empat fakulti yang dahulunya dipanggil Sekolah Teknologi, Sekolah Perdagangan dan Ekonomi, Sekolah Sains Sosial dan Sekolah Psikologi. Kini, UMS ada 13 fakulti dan satu Akademi Seni dan Teknologi Kreatif.

"Dengan pengenalan beberapa program baharu ini, tentunya UMS semakin berkembang dan akan mengalami banyak perubahan pada masa akan datang.

 
Back
Top
Log in Register