BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3,500 terima cermin mata percuma

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
WhatsApp_Image_2018-10-11_at_9.34.12_AM_1539223236.jpg

MUKHRIZ Mahathir (tengah) meninjau Klinik Visi Sayangi Mata 2018 (SVC2018) di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST). - Foto NSTP/Nor Farhani Che Ad






SUNGAI PETANI: Lebih 3,500 penduduk yang kurang berkemampuan di negeri ini menerima cermin mata percuma menerusi program Klinik Visi Sayangi Mata 2018 (SVC2018).

SVC2018 dianjurkan oleh Rotary International District 3300 Action Group bersama Rotary Club dan Lion Club, Rotary Club Bandar Sungai Petani serta mendapat kerjasama daripada Yayasan OneSight.

Program yang berlangsung di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) selama lima hari bermula Isnin lalu dan berakhir esok dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Majlis Pelancaran The Vision Clinic di Dome Auditorium, AIMST di sini, semalam.

Mukhriz dalam ucapannya memuji langkah yang diambil oleh penganjur dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan mata kepada golongan yang memerlukan di Kedah.

"Penglihatan adalah hadiah terbesar yang diberikan kepada manusia. Pembelajaran adalah melalui visual, dan bagi kita sebagai manusia, penglihatan menentukan kualiti hidup dan pembangunan ekonomi.

"Penyertaan pelbagai pemimpin industri, badan pentadbiran, dan institusi pendidikan yang datang bersama untuk menggerakkan klinik ini sangat mengagumkan dan sangat terpuji," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih banyak pihak lain mengambil inisiatif yang sama untuk kepentingan mereka yang memerlukan pada masa akan datang.

"Kebutaan boleh dielakkan dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan ia perlu diberi penekanan dengan menyokong langkah pencegahan kebutaan.

"Saya difahamkan, pada peringkat pertama pemeriksaan mata dilakukan ke atas lebih 26,000 individu termasuk pelajar sekolah dan warga emas bagi mengesan masalah penglihatan yang mereka hadapi," katanya.

Sementara itu, program berkenaan turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pemberian cermin mata terbanyak dalam satu program yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohamad Alex Edward Jamuh Abdullah.







sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/10/484524/3500-terima-cermin-mata-percuma








.
 
haha, teringat zaman sebelum PRU14 dulu, g ekspo, karnival anjuan BN..ada spek percuma utk pengunjung, tapi kat spek ada pelekat logo bn&muka najib
 
Back
Top
Log in Register