dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
BERITA baik buat peminat kumpulan K-Pop iaitu 2PM dan 2NE1 apabila mereka dilaporkan bakal muncul sebagai tetamu istimewa program popular Running Man.
Portal Soompi melaporkan kedua-dua kumpulan tersebut sudah pun menjalani penggambaran episod istimewa itu pada 7 April lalu bersama-sama peserta lain seperti Yoon Jong Shin, Jo Jung Chi dan Muzie.
Kesemua mereka dilaporkan telah menjalani penggambaran di daerah Sangam-dong di Korea Selatan namun belum dipastikan bilakah tarikh episod istimewa itu akan disiarkan.
Pada rakaman tersebut, peminat kumpulan K-Pop itu memenuhi kawasan penggambaran bagi melihat lebih dekat artis kesayangan mereka.
http://www.cari.gold/2014/04/2pm-2ne1-sertai-program-running-man.html