BTC USD 83,829.9 Gold USD 4,210.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying 2kali - 2kali.com

masih hangat lagi 2 kali nie.
tapi kalau bukak 2kali.com nie masih dalam prosess lagi ke. dulu saya tngk pun camtu gak
 
Rilex le..masalh biasa je(masalh server)..kalau cuma 2-3 orang je g login..memang le tiada problem server..ni berat2 org masuk..phm2 jela..
 
salam abg vearns tersayang...
aku cukup gembira ada insan yang amat perihatin dalam menolong bangsa2nya dari terus ditipu.. bagusnya kalau ada 1000 org cam kau.. aku amat happy.. sekurang2nya ada insan yg amat perihatin..

anyway.. aku ucap terima kasih kerana sudi membalas post aku yg amat kerdil ini.. dan sanggup menaip panjang2 membalas pencacai 2kali tu... huhuhu... tp cikgu aku dulu pernah cakap.. kalau nak tuding org, cermin diri sendiri.. aku baru sedar apa cikgu aku maksud kan.. sebab 4 jari mungkin tuding diri sendiri....

merujuk kepada post aku yg kau quotekan... aku masih belum dapat 2 jawapan dari kau...

1. Kat CG ni ada lagi 2-3 program pasif tapi aku belum dapat melihat kelibat post kau kat program pasif2 yg lain.. boleh saudara jelaskan?

2. Saudara tidak menjawap bagaimana saudara boleh menjana pendapatan 150% seminggu..

adakah ....
vearn1.jpg

vearn2.jpg

vearn3.jpg


aku tau kau gila uptrend tp x perlu rasanya nk boikot biz org lain.. kalau kau betul2 jujur.. pi post kat plan pasif lain kalau betul nk jadi hero melayu... 2tahun x post CG.. masuk2 terus nak hentam 2kali.. heran aku.. siap nk report sana sini.. pelik aku.. thread org lain x nk lak kau kacau.. lepas tu takder selidik apa2 terus nk tembak.. even kau sendiri pun blum penah jejak kaki kat opis 2kali terus nk kata macam2...

kalau kau ada 1001 soalan nk tanya kat 2kali.. silakan.. tanya pada owner sendiri.. datang opis.. x guna nk jatuhkan biz org lain dr jauh..

anyway, aku dah sms 2kali.. dan diorang kata web memang diorang letak login page sebab main page in proses.. so just sit and wait bulan depan kut2 2kali still macam tu ke x...

ok? x guna nak menyalak kat sini pasal kau bukan bertekak ngan owner atau admin 2kali.. aku tunggu kau bercakap sendiri dengan encik din.. tak guna menyalak cam ****** bukit tu pengecut tu caranya... sebab kau x selidik dengan syarikat sendiri terus buat assumption, terus nk report sana sini.. well silakan aduan anda.. .just aku nk tengok tahap hero kau dengan bercakap sendiri dengan owner 2kali.. ok?

kau boleh teruskan dengan misi menjatuhkan 2kali.. tp aku nk tgk samada kau jujur dengan posting kau kat skim2 lain.. kalau nak buat aduan jangan buat aduan 2kali sahaja.. byk lagi program pasif kat cg ni.. minta adukan semua sekali wahai hero melayu..

tu je..

ok

aku jawab 1 by 1

1. aku mulakan dengan yang ni dulu. sb yg ni plg panas dalam byk2. yg lain2 tu, aku akan check satu2 nanti. sabar2. rilek la. x perlu gelojoh dalam investigation.

2. aku dah jawab dalam post aku yg pjg lebar tu. maybe ko termiss point aku kot. meh aku repeat. aku cakap...ko xperlu tau bisnes ape yg aku buat...aku x perlu investor pun...cukup sekadar utk makan hasil sorg2.dan..aku juga ada bagi contoh...org jual air pun leh dapat 150% profit sehari...dalam erti kata lain, aku meniaga biasa2 je. tapi internet based la. ko nak kata aku main forex ke, jual barang ke, dan ape2 lg...terpulang pada andaian ko. bagi aku, andaian ko x penting sb bisnes tu memberi keuntungan kpd aku. tambahan pulak bisnes tu mmg legal dan halal.

3. sejauh mana ko tau aku gila uptrend ? sb ko baca post aku sebelum2 ni ? come on la...kita debate secara matang bleh ? jgn la jd budak2. ko nak bidas aku, bidas dgn point yg related to the issue la. uptrend is MLM..skang kita dalam topik skim 2kali.

4. x semestinya bila jejak ofis, bisnes tu legal. aku bagi contoh yg simple. MLM Ceramic, ada ofis. X cukup dgn ofis, diorg siap dapat award lagi. Tapi, ending dia ke mana ? Naik turun court kan ? Duit kene freeze kan ? OK la...itu cerita MLM. cerita investment plak...masih ingat sunshine empire ? masih ingat ofis dia yg cun gila tu ? aku yakin ofis sunshine empire lg gempak dari 2kali.com. Semuanya meyakinkan customer. Ada ofis, ada big boss, ada kuli, ada akaun bank, daftar ngan kementerian kewangan dan mcm2 lg. X cukup lagi, mereka buat function di hotel2 besar. TAPI, endingnya...ke mana ? bisnes dia illegal kan ? owner lari kan ? come on la brader... ko nak berdebat ngan aku guna hati dan perasaan. senang cite la kan... ko setuju x dgn ape yg aku post pjg lebar kat page 1009 dan 998?

5. OK. main page diorg in progress. fine. tapi, kenapa sampai ko kene SMS dia ? dia x reti nak buat announcement kat website 2kali.com ? cuba ko sms dia balik. wei, korang beli barang harga puluh2 sampai ribu2. barang maya. website mcm budak skolah. ko SMS encik din...ko tanya dia...x malu ke website orang melayu x professional mcm website corporate bangsa lain ? bila aku cakap camni, ko kata aku jatuhkan melayu. hakikatnya, itu la realiti yg ko kena terima.

6. OK. yg kes2 investigation tu, aku dalam progress nak follow up dgn encik din. mana bleh main terjah je kan. preparation kena ada. bape ramai dah yg join skim ni kene sental otak ngan encik din kan. tu yg terjun ramai2 tu.

7. kepada yg lain2, nak komen...komen guna otak. bukan guna ati. buka mata...guna otak...dan pk ape yg aku tulis kat forum ni.
 
2KALi.COM...
MMG MANTOP....
PD LANGAU LANGAU...
NIAT MESTI BAIK!!!!
 
eh aku rasa cam nak komen bleh?? eh kena tanya ke???

heh.. aku pun join ok jek... aku malas nak selak page2 belakang...
website dia cam tak best tapi pembayaran dia best.. maybe bila website best sangat tu yang tak de duit kot...
 
Back
Top
Log in Register