salam kepada semua ahli-ahli 2kali.com nih, saya ingin sekali mencadangkan, kita closekan saja thread 2kali ni kat cg dan fokus kepada dedicated forum 2kali.net tu. Kita dah ada platform kan? Segalam maslah, kita boleh bincang di situ, segala pertanyaan, kita boleh ujarkan kat situ, dan segala kegembiraan, kita boleh kongsi bersama-sama disitu.
Kita tak perlukan mereka-mereka yang tidaj memahami erti dan tujuan program seperti 2kali ni. Berdebat dengan mereka seperti anjing menyalak bukit. Kita tidak akan dapat apa-apa hasil yang konstruktif dengan perdebatan mereka-mereka yang sekadar baca berpuluh-puluh page, kemudian mengambil tindakan kononnya sekadar bertanya, tetapi memutarbelitkan segala apa yang dikata.
Nasihat sudah diberi, maklumat sudah dikongsi, tepuk dada, tanya selera sendiri. Memang orang melayu sendiri kebanyakkannya, berada di posisi niat yang tidak berapa elok. Minta maaf jika ada menyinggung sesiapa, tidak ada niat say7a sebagai ahli 2kali yang sudah mendapat manfaat daripada 2kali hendak menegur ahli-ahli yang lain. Program 2kali bukan program atau skim cepat kaya. Ada ahli-ahli yang terlalu mengejarkan hadiah daripada admin, sehingga menyebarkan emel-emel spam kepada individu-individu yang mereka sendiri tidak kenal. Dengan kata-kata, "anda ingin cepat kaya?" "cara mudah capai kekayaan!!" ada ahli-ahli baru yang menyertai 2kali, tanpa mengetahui dengan jelas, apa sebenarnya intipati program 2kali ini.
Ada mereka-mereka di luar sana, bertindak bagaikan burung 'vulture', hanya menunggu mangsanya. Bila ada masalah sikit, tanap merujuk kepada sesiapa, terus menuduh yang bukan-bukan, dan bertindak membuat laporan kepada pihak-pihak berwajib.
Kepada mereka-mereka yang ingin menjatuhkan program 2kali ini, silakan, buatlah apa yang anda fikirkan patut, tetapi ingat dan sedar, walaupun hang tuah kata, "takkan melayu hilang di dunia", lirik lagu nd lala ada sebut, "melayu tak hilang, yang hilang maruah..." kalau sesama melayu kita berhasad dengki, sampai manalah pencapaian yang kita boleh banggakan untuk kita wariskan kepada generasi akan datang?
Memang saya tidak paham tentang undang-undang, tidak mahir di dalam selok belok hukum hakam agama, tetapi, kita boleh merujuk kepada tempat yang sepatutnya. Jangan diturunkan hukum berdasarkan apa yang orang lain kata. Kalau majlis fatwa kata haram, kita boleh meminta penjelasan dengan lebih terperinci daripada mereka, untuk memastikan kita benar-benar faham mengapa mereka memberi fatwa tentang sesuatu, sebagai haram, atau sunat, atau makruh, atau harus atau wajib. Itu tanggungjawab kita sebagai individu.
Kepada moderator thread 2kali di cg ni, saya memohon, supaya ditutup saja thread ini dan kita berpindah kepada dedicated forum kita sendiri.
Saya menyusun jari yang menaip di komputer yang saya beli atas hasil program 2kali ini, memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis, akan menyinggung mana-mana pihak. Saya pasti akan ada yang akan membalas apa yang saya kata, tapi terpulanglah kepada aqal dan hati budi masing-masing.
Terima kasih.
Assalammualaikum.