BTC USD 81,666.6 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying 2kali - 2kali.com

Email balasan daripada en din botak..
cuba baca pada yang BOLD tu, sememangnya ada niat untuk tak bayar..
dan hari nie, web 2kali.com langsung hilang di alam maya..
hosting dah expired..

-----------------------------------------------------------

*Assalamualaikum wbt...*

Kepada para ahli yang saya hormati, saya telah mendengar keluh kesah para
ahli dari awal tahun ini dan saya juga mendengar maki-hamun, sumpah seranah
dan kata-kata nista yang dilemparkan kepada saya dan staff2 saya. Saya
mengerti kepayahan yang diterima tambahan lagi ada yang didesak oleh ahli2
tajaan masing yang datangnya dari mereka yang terdekat seperti ahli
keluarga, saudara mara hingga ke sahabat handai dan jiran.* Malah saya
sekeluarga dituduh makan duit haram dan ramai beranggapan saya menjadi kaya
raya dengan duit ahli2 dengan kereta mewah dan rumah besar dan pelbagai
spekulasi yang tidak tertahan untuk diterima.* Sedangkan pabila saya cuba
melihat program2 lain yang pernah berjalan sama seperti program yang saya
bangunkan seperti *absmartrade, redtaggy, untungbersama.biz dan lain2
mengambil inisiatif untuk terus menghilangkan diri samada dari hubungan
semua ahli termasuk pejabat dan website*.. Tetapi peliknya mereka ini *tidak
dihentam hebat *walau secara terang2an mereka memang menipu untuk menyauk
duit ahli2 mereka. *Sampai satu peringkat mereka terus HILANG~*... *Jadi
kenapa syarikat saya dihentam* begitu hebat walaupun saya cuba menerangkan
kepada semua orang yang saya tidak cuba menipu? Jika saya ingin menipu
kenapa saya tidak sahaja tutup terus pejabat dan tutup terus website??
Mudah.*. NIAT SAYA BUKAN UNTUK MENIPU AHLI.* Jika saudara tidak mendapat
pembayaran dari bulan 12.. maka memang nasib saudara tidak berapa baik
kerana dari awal penubuhan 2kali hingga awal bulan 12 saya tidak pernah
gagal untuk membayar ahli. Malah saya sediakan tambahan bonus seperti
handphone, laptop dan melancung demi untuk berkongsi sesama ahli. Cuba tanya
berapa ratus hadiah yang saya beri kepada ahli. Ini ada lah galakan dan
tanda terima kasih saya bagi membantu 2kali pada saat itu dan berharap 2kali
dapat bertahan lebih lama lagi. Tidak ada niat untuk menipu sesiapa. Jika
saya ingin menipu, buat apa saya beri hadiah2 tu semua? Fikirkanlah...

*Cuba buat kira2,* sudahlah saya membayar keuntungan hampir 2kali ganda
ditambah dengan hadiah yang bukannya harga 10-20 ringgit. Berapa ratus
handphone & laptop baru, terkini dan berjenama telah diberikan secara *
percuma*, Sediakan jamuan dihotel dan cafe house. Jadi jika saya ingin
mendapat keuntungan diri saya sendiri dan menipu buat apa saya lakukan semua
itu.

Saya beritahu yang duit ahli *tidak pernah* saya gunakan untuk kepentingan
diri saya seorang diri. Malah saya masih lagi menggunakan kereta dan rumah
yang sama dari sejak 2kali ditubuhkan sehingga hari ini sebab saya ingin
memberi win-win situation kepada para ahli. Nilai yang dibayar balik
walaupun agak besar sebanyak 50% tetapi saya tidak pernah bercadang untuk
menurunkannya kerana saya lihat pada waktu itu ia dapat membantu ramai ahli
yang bermasalah dari segi kewangan mereka. *Saya sedar, hari ini bila saya
bercakap begini* semua akan kata saya putar belit, penipu dan sengaja
mereka2 cerita untuk raih simpati para ahli. Tapi secara realitinya, cuba
selidik dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Cuba tanya mereka yang tinggal
di kawasan sini apa kereta yang saya pakai? rumah saya? perbelanjaan saya?
tidak cukup dengan itu.. cuba tanya pegawai2 bank, rasanya ada berapa 'juta'
wang simpanan saya yang anda rasa saya ingin sembunyikan?? Cukup hampir 9
bulan saya bekerja keras untuk membayar wang ahli. Bukannya saya duduk
goyang kaki. Perbelanjaan pejabat, gaji pekerja dan lain2 perlu dibayar
setiap bulan.. Bagi mereka yang berniaga pasti agak berapa yang saya belanja
untuk membayar kos2 tersebut dalam masa hampir 9 bulan.. *Jika saya ingin
menipu kenapa saya tidak lari sahaja dahulu? Cuba fikirkanlah...*

Apa yang terjadi? Tidak keterlaluan bila saya kata, punca ialah dari para
ahli sendiri. Kenapa? Bermula bulan 12 ketika traffic web meningkat
mendadak. Web 2kali menjadi masalah dan tidak dapat dibuka.. Pada ketika itu
keluar rumor yang *2kali akan jadi SCAM & lari.*.. Rupanya memang menjadi
tabiat bila rumor ini keluar,* sebilangan besar ahli akan berhenti* untuk
membeli lot iklan. Termasuk dengan keluar plan2 dari syarikat menipu seperti
absmartrade, 1autocash, fastline dan lain2 cuba menarik ahli2 dari 2kali
untuk melabur kedalam skim mereka yang terbukti ada yang tidak sampai
sebulan terus tutup. Bahananya ke 2kali. Untuk pengetahuan anda, wang anda
dilaburkan kepada kontraktor2 dan selebihnya dibuat pusingan pembayaran
kepada ahli yang terdahulu.. Jadi bila ahli berhenti menaja dan membeli lot
iklan lagi... pihak syarikat bergantung kepada wang dari kontraktor. Pada
saat itu banyak ahli mula tergelincir pembayarannya. Tetapi yang menjadi
keadaan semakin sukar ialah para ahli itu sendiri.* Kadang2 kami terlambat
membayar RM30 sahaja, ada ahli sanggup membuat spekulasi yang 2kali mula
menipu sedangkan dia telahpun menerima untung lebih dari 2ribu (kes pada
awal tahun dan ini benar bukan saya reka2*).. Dan berlarutan hingga
menjejaskan hubungan saya dengan kontraktor. Keadaan bertambah buruk di
pejabat pabila saya keluar seketika untuk berjumpa kontraktor dan mereka2
yang boleh saya bangunkan dan dapatkan projek2 terbaru. Mereka menganggap
saya lari. Hingga mengancam staff2 saya. Jadi adakah ini salah saya?

Saya benar2 baru dalam bidang ini, saya tidak tahu wujudnya manusia2 yang
betul2 buat apa yang saya buat tetapi betul2 berniat menipu. *Lihatlah
berapa banyak lagi program2 pasif yang syarikatnya masih wujud lagi hari ini
yang bertahan lebih dari satu tahun kalau bukan semua nya lari.*

Apa yang saya minta ialah para ahli bersabar walau untuk jangka masa yang
panjang. *Terus terang bukan saya sembunyikan duit anda atau lari tetapi
duitnya tidak ada sebanyak yang mampu saya bayar semua orang*. Kerana
nilainya amat besar. *Saya telah tekad untuk menutup perniagaan ini dari
awal tahun lagi tapi bukan dengan lari terus menghilangkan diri*. Saya
harapp para ahli cubalah faham niat hati saya. *Jika saya ingin menipu dan
makan duit haram seperti para ahli fikir, dah lama saya lakukan.* Tak perlu
saya duduk menahan semua tomahan dan ancaman semua orang. Saya sedar hari
ini cerita saya tidak ada yang percaya lagi seperti mereka berterima kasih
kepada saya pada awal kegemilangan 2kali. Cuma yang saya boleh katakan ialah
*minta para ahli bersabar. Tak guna anda paksa, ugut bunuh sekali pun jika
saya tidak ada keuntungan untuk membayar anda???* Sehingga ada yang tekad
untuk pecah masuk pejabat, untuk apa? *Jika saya berniat menipu baik saya
tutup pejabat tu dari dulu lagi.* Anda pecah masuk dan curi peralatan
pejabat tidak menguntungkan mana2 pihak, malah kerja2 saya untuk mencari
jalan penyelesaian ahli makin rumit. Banyak kertas kerja dan proposal dicuri
bersama2 komputer pejabat. Ini makin menyukarkan saya. Malah server saya
digodam oleh ahli2 yang tidak puas hati.* TIDAK CUKUPKAH SAYA MASIH BERTAHAN
DEMI MENUNJUKKAN KEPADA ANDA YANG SAYA TIDAK MENIPU??*

Saya harap hentikanlah menabur fitnah, ugutan dan kata-kata yang tidak betul
mengenai 2kali. *Bagi yang dah dapat pulangan modal dari (keuntungan iklan
150% + tajaan) hentikanlah mengharap kerana bagi syarikat duit anda telah
dipulangkan.*
Bagi yang belum pernah dapat saya harap sila bersabar dan
tolong beri saya masa dikala saat saya terpaksa recover balik pejabat dan
kerja2 saya akibat pecah masuk baru2 ini.

*Dihari lembaran ini saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada ahli
yang menjalni keadaan yang sukar yang suatu ketika dahulu telah mengecapi
2kali keuntungan dan kebahgiaan.* Sila beri saya masa. Tak guna menabur
kata-kata bagai orang yang tidak matang dari forum atau facebook. Tolong
bersihkan nama saya.* Anda hentam saya hanya mengakibatkan saya terus
terduduk dan masalah anda dan saya sampai bila2 tidak akan selesai.*

Harap Maklum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin.

*MOHD IZZUDIN WEE SIAT BIN ABDULLAH*
 
hidup 2kali.com...program ni paling jujur aku rasa..
:)paid:)paid:)paid
 
erm cakap senang la brooo... Aku sampai kena berhutang lak dengan orang lain....silap bro din jugak...tak bagi info yg betul... Org bagi cadangan tak nak ikut...berjela2 dah otai dlm cg nih bagi cadangan ader lu kisah...pandai2 lak cakap ada org halalkan duitnya dalam 2kali.com...cuba mai yg kata halalkan tuh? Tak der pon tampil bagi follow up cerita lu..sepatutnya dia yg tahu n faham hal 2kali.com tuh tampil bagi sokongan n bagipenerangan defend lu...tapi yg berlaku haram pon takder lagik terima pembayaran dari phak tuan tuh
idop lagi orang tua tuh? Haha
 
Back
Top
Log in Register