salam kepada moderator, tolonglah, pertimbangkan cadangan saya, kita tutup saja thread ini dan berpindah ke rumah kita sendiri, di sana, kita akan lebih puas berbincang daripada asyik dituduh dan dihina.
kepada vearn, minta maaf dari saya, saya memang tak pandai langsung di dalam soal undang2, kerana undang2 boleh disalahgunakan oleh pihak2 yang berkepentingan. contoh ada di mana2 saja, ada orang yang jelas salah, kerana ada loophole di dalam undang2, mereka terlepas dari undang2. ada juga yang tidak bersalah, tetapi kerana tidak berkemampuan memanipulasikan undang2, mereka terperangkap. ada yang benar2 salah dan berjaya ditahan menggunakan undang2.
soal 2kali.com ini, memang bagus niat vearn utk mngelakkan ramai lagi yang terpedaya dengan program ini. cuma, ada baiknya, vearn buat segala apa yang vearn perlu buat, sebelum posting apa2 yang boleh menimbulkan persoalan demi persoalan. memang bagus vearn nak bagitahu SC, KPDNKK, BNM, metro, tv3, 999, dan mazidul sendiri, buatlah, lakukanlah apa yang vearn rasa patut. gunakanlah semua saluran media yang ada untuk membuktikan apa yang vearn katakan mengenai 2kali.com ini sebagai program scam. gunakanlah segala segi undang2 sivil dan syariah untuk menjauhkan orang ramai daripada 2kali.com ini.
memang, ramai yang bagi pendapat, tapi mungkin pendapat saja tidak mencukupi bagi vearn. ada yang bagi nasihat supaya vearn buka thread baru untuk bincangkan soal 2kali.com ini scam atau tidak, tapi mungkin di thread baru itu, vearn akan kekurangan visitor untuk membincangkan soal itu. tak apalah, sesakkan lah thread perbincangan dan notification 2kali.com ni dengan segala pandangan vearn.
saya memang tak pandai macam vearn dan saya juga memang kurang bersemangat seperti vearn yang penuh dengan semangat nak menegakkan kebenaran yang hakiki. walaupun dah berulangkali diberitahu, mungkin tiada sesiapa yang cukup berani untuk berlawan kata2 dengan vearn, mungkin tiada sesiapa yang benar2 berani nak mengakui yang 2kali.com ni, salah dan illegal di sisi undang2 negara.
tapi kan vearn, kalaulah sebenarnya, vearn benar2 prihatin, cadangan saya sebagai insan yang lemah di sisi-Nya, apa kata, vearn bertindak secara offline dulu? kumpulkan segala2 nya yang patut, kemudian dedahkan segala hasil investigation vearn, boleh tak?
saya bukanlah seorang lagi cheerleader fanatik yang dikatakan oleh vearn kepada sesetengah ahli yang cuba membidas hujah2 vearn yang amat kukuh dan solid bagaikan dinding padu daripada konkrit. cuma saya memberikan pandangan ikhlas dari hati saya.
maaflah jika tulisan saya ini, menyakitkan hati vearn, dan makin membuatkan semangat vearn meluap-luap untuk menjatuhkan 2kali ini yang kebanyakan ahlinya adalah mereka2 yang berkeinginan untuk mempunyai sedikit pendapatan tambahan di dalam keluarga mereka. semoga perniagaan yang vearn jalankan, tidak disinggahi dengan pelbagai masalah seperti yang 2kali hadapi. al-maklumlah, bagaikan bayi yang baru belajar merangkak, 2kali dah dipaksa untuk berlari, memanjat, menjerit, merajuk dan lebih lagi.
entahlah vearn, saya sendiri pun tak paham, kenapa di forum, semuanya berani, semuanya bersikap ofensif dan defensif. saya tidak takut dengan sesiapa, kecuali Allah. saya tidak takut dengan undag2 negara, tapi saya menghormatinya. saya tidak takut dengan manusia lain, tapi saya menghormati sesama insan.
jadi, kepada vearn, saya, KHALID REDZA BIN RAMLAN, asal BATU PAHAT, JOHOR, kini bekerja di GELANG PATAH, JOHOR BAHRU, minta maaf sekiranya saya menyinggung hati vearn.
jika vearn orang Islam, assalammualaikum. terima kasih.
jika vearn bukan orang Islam, sekian, terima kasih.