BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

293 petani bakal terjejas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.JPG

Selepas menuai padi bagi musim kedua 2014, beberapa kawasan tidak dapat meneruskan projek tanaman padi akibat ketiadaan air.​

JABI - Petani yang bakal terjejas akibat kerja menakung air yang bermula 9 April lalu di Empangan Paya Peda, Hulu Besut, merayu agar kerajaan mempertimbangkan untuk memberi pampasan atau bantuan kepada mereka.

Wakil petani, Mohammad Mat Harun berkata, mereka dimaklumkan, beberapa kawasan tanaman padi di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) tidak akan dapat melaksanakan proses menanam padi pada musim pertama 2015 yang dijadualkan bermula Jun depan.

Menurutnya, masalah itu berlaku kerana ketiadaan air akibat kerja-kerja menakung air di empangan berkenaan.

"Air yang dilepaskan dari empangan itu juga terhad, sementara menunggu takungan siap sepenuhnya yang dijangka memakan masa selama tiga hingga empat bulan setengah.

"Sudah tentu tempoh itu melebihi Jun depan ketika petani memerlukan air untuk permulaan menanam padi. Malah, jika kerja menanam lewat, petani akan berdepan pelbagai risiko kerosakan tanaman kerana menghampiri musim tengkujuh," katanya yang juga Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) Awek, Hulu Besut.


Hilang punca pendapatan

Mohamad berkata lagi, seramai 293 petani terlibat dengan masalah itu bagi musim depan, sekali gus akan menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

Sedangkan katanya, dalam tempoh itu mereka perlukan kewangan untuk persediaan menyambut hari raya dan perbelanjaan persekolahan anak awal tahun depan kerana musim kedua hanya akan bermula pada Disember depan.

"Sebenarnya petani gembira dan menyokong usaha kerajaan membina empangan ini kerana pada jangka masa panjang, pendapatan petani akan bertambah kerana mendapat bekalan air berbanding sebelum ini.

"Sebahagian besar yang terlibat adalah petani sepenuh masa yang bergantung hidup kepada tanaman padi. Jika tidak dapat menanam padi mereka akan hilang punca pendapatan," katanya.


IADA Ketara panjangkan masalah petani

Sementara itu, Pengarah IADA Ketara, Zulkifly Harun berkata, pihaknya maklumkan kepada petani terhadap kemungkinan besar kawasan sawah di bawah IADA Ketara yang tidak dapat menjalankan kerja menanam pagi pada musim pertama 2015 yang bermula 20 Jun berikutan kerja-kerja takungan air di Empangan Paya Peda, Kampung Padang Bual.

Menurutnya, tempoh takungan air di empangan itu dijangka penuh pada Julai dan paling lewat dianggarkan Ogos tahun ini.

"Keseluruhan seluas 594.34 hektar kawasan sawah tidak boleh ditanam padi pada musim depan membabitkan ketiadaan hasil padi kira-kira 5.435 tan metrik sehektar yang menghasilkan pendapatan bersih kira-kira RM2.4 juta," katanya.

Zulkifly berkata, pihaknya sedar dengan masalah dan bebanan yang dihadapi petani terbabit dan sehubungan itu, beliau akan memanjangkan rayuan petani kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kawasan yang didapati tidak menanam padi ialah Sri Masin (182.70 hektar), Awek (91.99), Kampung Oh (103.85), Gong Dasar (113.45) dan Batang Gergaji membabitkan kawasan seluas 102. 35 hektar.


Laksana kerja pulih tanah

Menurutnya, pada masa sama jabatannya mencadangkan untuk melaksanakan program meratakan (perataaan) dan pengapuran di kawasan sawah yang tidak dapat bertanam bagi musim Jun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.78 juta.

"Jika peruntukan bagi tujuan itu diluluskan setidak-tidaknya dalam tempoh petani tidak dapat bertanam, kerja memulihkan tanah sawah mereka dapat dilakukan untuk membantu petani meningkatkan hasil padi pada masa akan datang," katanya.

Zulkifly berkata lagi, projek pembinaan empangan yang membabitkan Sungai Angga itu melibatkan kos RM349 juta, yang dimulakan pembinaannya pada 2010 dan sepatutnya siap pada 30 November 2013, tetapi terlewat selama setahun empat bulan daripada jadual asalnya, bertujuan membekalkan air kepada 2,759 petani dalam Skim Pengairan Besut.
 
Back
Top
Log in Register