BTC USD 81,373.7 Gold USD 4,028.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

25 rumah hangus

ipins

Active+ Member
Messages
4,728
Joined
Dec 20, 2009
Messages
4,728
Reaction score
101
Points
33
https://www.youtube.com/watch?v=MoAzaWsaU4c

Kuala Lumpur: Dua puluh lima rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Batu 4 Setengah, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.40 malam itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni sempat menyelamatkan diri.


Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, 85 anggota terbabit dalam usaha memadankan kebakaran di lokasi kejadian.

Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh sampai pada 7.45 malam.

"Angin kencang menyebabkan api marak dengan begitu cepat di kawasan seluas 800 meter persegi.

"Pemadaman dijalankan menggunakan 12 pancutan air. PGO Kuala Lumpur turut menerima bantuan dari PGO Selangor dan menghantar bantuan jentera membawa tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipanggil untuk memotong bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

"Api dikawal dalam masa satu jam dan pihak bomba juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain," katanya

http://www.hmetro.com.my/node/190527
 
semoga ada yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan
 
Fuhh..tnb pnye litar pintas..
Dah la setinggan.. agk2 lpas ni tuan tanah bg lg ke buat umah atas tanah tu? Mesti rata dah tu.. mane plak diaorg nk tinggal lpas ni..
 
Yang pelik rumah terbakar ni lepas clear terus buat pembangunan

Macam ada bau ikan kat situ
 
kt mana2 sama je. xde lepas tbakar terus kosong je. mesti naik bangunan. mmg industri perikanan betol
 
kesian dekat semua mereka yang kehilangan tempat tinggal
 
sedihnya baca berita ni..sekolah nk buka plak..harap2 semua mendapat bantuan yg sewajarnya
 
Back
Top
Log in Register